Friday, 30 June 2017

peribadi akan abadi

fatayats saya. 



kita akan hidup bersama nilai peribadi. kurang atau lebih, itu yang menentukan lemah dan kuatnya peribadi seseorang. bila tiada depan mata nanti, yang disebut-sebut juga adalah tentang peribadinya.

nama pun hidup.
tahu tahu tapi kadang tak berperilaku
tahu tahu tapi lebih selesa buat buat tidak tahu
tidak tahu tapi merasa sudah banyak tahu 
tidak tahu tapi selalu tak mahu tahu

na'uzubillah

semoga, menjadi orang yang tahu (punya ilmu) dan berperilaku dengan apa yang sudah tahu tu.
sebab nanti, yang orang lain mahu terima hanya peribadi sebenar kita, bukan pura-pura kita.

sehingga tak ada bunyi-bunyi
 - lah kau belajar tinggi-tinggi tapi tak ada adab pun
 - eh bukan kau patutnya lebih tahu dari aku?

ngeri.

"Bebanmu akan berat. Jiwamu harus kuat. Tetapi aku percaya langkahmu akan jaya. Kuatkan peribadimu" - Prof Dr. Hamka


#roadtofinalyear yang tersangat menyeramkan.
#roadtobainiwabainahu moga lebih menenangkan.
# oh ya, akan mula menulis thesis by july ni, walaupun tajuk belum kena approve, tapi nak buat jugak. ahaha terlalu excited? doakan.


~


tetamu dah balik, abang masuk rumah then dia kata:
"wuish, bersemut satu rumah sana sini semut. lisa! ambil botol sheildtox"

dan adik aku berlari ambil sheildtox kat dapur dan bawa ke ruang tamu.

aku: "woi abg afiq, lisa amik betul-betul hahahahaa"
bila kau dan abang je yang faham kenapa rumah kau 'bersemut' malam tu

#littlememory #30thJune

Wednesday, 31 May 2017

#patientlysmile

bila lagi nak cintakan tanah air sendiri? eh.

semalam murobbi share sesuatu;

...Sesungguhnya ruh itu laksana tentera yang berkumpul, maka yang saling mengenal daripadanya nescaya menyelaraskan (mudah bergaul dan saling menyesuaikan) dan yang saling bertentangan daripadanya, nescaya saling menyelisihi. (HR Muslim)

.al-arwaahu junuudun mujannadah. 
.ruh itu laksana tentera yang berkumpul.

murobbi kata khulasahnya: orang yang baik akan suka berkawan dengan orang yang baik. orang yang jahat akan suka berkawan dengan orang yang jahat. 

siapa kita adalah siapa kelompok kenalan kita.
siapa yang beriringan di sebelah kita adalah cerminan diri kita.

dulu selalu pesankan diri sendiri, kalau semua orang jadi biasa dan bersifat dengan sifat orang kebanyakan siapa yang nak jadi luar biasa dan bersifat dengan sifat orang-orang ghoreeb (asing)? walaupun masih je spesies manusia yang ada keinginan dan kehendak macam orang-orang kebanyakan. bukan boleh salahkan fitrah nafsu ni pun, tapi persoalannya macam mana kita 'react' tak ke?

dan yeah, bila belek belek buku doodle tiga tahun lepas ada je teconteng: "kat mana pun aku melangkah aku harap Allah sentiasa hadiahkan teman-teman yang soleh" 

mereka sentiasa ada, jasad terpisah-pisah tetapi ruh bersatu laksana tentera yang berkumpul. tak pernah sendiri :')
mungkin kita pernah berkumpul dizaman ruh dulu kot? (semestinya)

oh ya, mungkin atas sebab tu, aku tak sabar untuk tunggu sesi tilawah dan tadabbur tiap-tiap pagi kat office, sebab waktu tu automatik terasa aura-aura soleh dari semua orang. akan 'ajeeb dengan kehadiran hati masing-masing bertadarus, tadabbur, asmaul-husna dan doa pagi.
macam mana lah tak jatuh cinta sebab pagi-pagi dah disusun dengan rutin yang menghidupkan jiwa. Allahu. (dan selepas tu stress mengadap kerja yang ~ er.) \eh tapi saya sayang kerja-kerja saya. hiks/

~

duhai,
teman untuk berhibur
tidak diminta pasti akan muncul
tetapi teman untuk melangkah
menuju kebaikan
terlalu memerlukan doa khusus
bagi menjemputnya..

mudahan Dia kurniakan teman yang sekejap hadirnya tetapi meningkatkan keimanan :)

ya Tuhanku berilah keampunan dan berilah rahmat. Dan Engkaulah Pemberi rahmat yang paling baik. (Al-Mukminun:118)



sebenarnya ter-patah hati semalam sebab kena gelak dengan satu office just sebab mengelak dari balas pickupline ^-^

"amirah, nanti nak buka apa?"

nak buka pintu hati, sebab keampunan Allah dah lama luas terbuka.
(oh ke jawapan ni bertaraf rendah? sebab sangat tak menghiburkan hati?) hm?


#6ramadhanoredi

oh.
semoga,
cepat sembuh.
dan diberi
kekuatan luar biasa :)

Saturday, 29 April 2017

rekacipta

this cafe ahh. #alteregocafe 

dongengan.
di tengah keramaian yang mencipta cerita
pada setiap cerita yang ingin diiktiraf mata
melalui mata segala keindahan terasa
dan pada rasa yang akan menggugah jiwa.

bahkan mereka masih mencipta cerita
si dia dan mereka mulakan bicara
di mana bicara hilang kejujuran kata
lalu kata-kata melenyapkan warasnya.

teguh berdiri dengan mencipta cerita
tagih mereka perdengarkan riak rasa
tagihkan rasa agar dipandang mulia
dan persilakan mulia untuknya.

pada hari dibentang segala cerita demi cerita
pada setiap cerita akan menggerunkan mata
tertunduk mata bergejolak segala rasa
dan rasa itu penentuan bagi jiwa.

bahkan cerita tetap diceritakan semula
si dia dan mereka terhenti bicara
kerana bicara hilang keberanian kata
cukup katakan lenyaplah segalanya.

longlai berdiri setiap babak dicerita
tagih agar dipercepatkan kegusaran rasa
tagihkan rasa harap agar lebih sedia
dan tersedialah sesalan untuknya.

_


bukan dongengan.
dongengan itu, keinginan aku.
mencipta cerita yang Dia mahu.
agar nanti sesalan bukan untukku.


"oleh kerana itu, hadapkanlah wajahmu kepada agama yang lurus (Islam) sebelum datang dari Allah suatu hari (kiamat) yang tidak dapat ditolak, pada hari itu mereka terpisah-pisah. Barangsiapa kafir maka dia sendirilah menanggung akibat kekafirannya itu, dan barangsiapa mengerjakan kebaikan maka mereka menyiapkan untuk diri mereka sendiri tempat yang menyenangkan"  (Ar-Rum 43,44)

Allahumma, tuntunilah :)


_


# bila dah tak rajin study. :')
# esok mula final exam, doakan mumtaz :')
# hm tak habis study lagi nak mumtaz tang mananya :')
# pecah rekod tak study kat any cafes tapi duit melayang jugak :')
# rinduuserohlikejutajutajutajutakali #whybruneiwhy :')

Thursday, 23 March 2017

uthbit ya!

ready? 


tidak mengapa wujud ramai yang membenci,
wujud dirimu bukan untuk mereka sayangi,
tetapi perlu kau kejar tingkat tertinggi,
dalam tingkatan yang Dia redhai.

~

dengan namaNya yang mengetahui rahsia dilangit dan dibumi,
rahasia hati yang terzahir dan tersembunyi,
berat terasa perjalanan hati tika ini,
tidak mampu lagi untuk mengingati,

bukan keresahan ini yang diperlukan.
bukan juga kemurungan yang perlu menemankan,
betapa butuh pada yang membangunkan,
yang menghidupkan,
bukan mematikan.

ujian yang terselit musibah padanya,
namun lebih jauh besar rahmatNya,
langkah di ambil bukan untuk mara,
tetapi mengundurkan keinginan yang terleka,
memilih mendidik jiwa,
agar setia pada yang sederhana.

Tuhan memujuk dan memanggil kembali,
dibuka taubat didakap erat hati,
lebih tenang terasa damai,
tidak dilukakan tidak dibiarkan walau sekali,

Dia.
yang tidak pernah meninggalkan.

segala puji hanya milik sang Pemberi Rasa,
zalim bagi yang menyerahkan rasa,
pada yang tidak tahu rasa.

Amie; gymUnissa; 22March2016; 7:44pm

~
dah setahun, untuk satu kes yang tak boleh nak lupa, tapi dah acah kuat dan sentiasa akan kuat walaupun perkara tu baru je berulang siang tadi, sengaja lah tu gap setahun. okay takpe, dah matured enough to handle this thing. tak akan down berminggu lagi, dan tak akan mogok tak nak bukak group whatspp berbulan. susah je cakap dengan orang yang tak faham bahasa. (okay ini tak marah, geram je, astah).
~

untuk sehari ini, dua kali diulang oleh dua murobbi akan perkara yang sama.

tentang puncak kehidupan.
hidup ini bukanlah berjalan lurus atau ke belakang, ke kiri atau ke kanan sahaja. tetapi mendaki. ada naik dan turunnya ada jatuh tergolek dan tergelincir, pada tiap kali itu akan ada kepayahan untuk terus bangun dan panjat lagi, sehingga betul-betul sampai ke puncak yang kita inginkan. dan pada setiap puncak, dah tiada istilah mendaki lagi, maka kita akan mula turun ke bawah semula untuk mendaki puncak yang lainnya.

ajib.

"Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar." 
(al-Hadid:21) 




puncak mana yang kau sedang kejar amirah?

Sunday, 5 February 2017

fix myself

for my Fatayaats.

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, Kami pasti akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatKu) maka sesungguhnya azabKu sangat pedih" [Ibrahim:7]

seketika merasai ruh yang baru, menapak memperbaharui doa yang lebih optimis, kerana cemburu melihat mereka yang sudah merasai manisnya ubudiyyah. 

sering ini juga meminta "ya Rabb, aku ingin mecintaiMu melebihi segalanya" 

dan hari ke hari, 
merasakan semakin banyak komitmen memanggil, bertambah banyak kewajipan perlu dipenuhkan, banyak kecintaan perlu dilepaskan, banyak keinginan terpaksa ditangguhkan. 

wahai! 

berperasangkalah dengan prasangka yang paling baik
doalah dengan doa yang paling baik
berusahalah dengan usaha yang paling baik.
sehingga diiktiraf tawakkal yang terbaik.

~

dear my Fatayaats,
terima kasih atas masa-masa yang menguatkan, 
terima kasih atas senyuman-senyuman yang menenangkan.
terima kasih atas dekapan-dekapan yang menghangatkan.
oh iya, juga doa-doa kita. 

# sayang my sahabat syurga 
# they made me stronger
# done treat myself with flowers and cakes 
# esok presentation meanwhile sekarang busy ber-blogging. 
# grehh, boring betul part part lunyai lesu nih! 

Allahu, mahu kuat hingga nafas terakhir.