h i j r a h


9 April 2022 - 7 Ramadhan 1443H

melalui sebuah lagi perjalanan baru. 
setelah sekian lama rasanya bercinta dengan kampung halaman sendiri, kini berpindah ke sebuah negeri asing (tidak lah terlalu asing sebenarnya ^^v). jika sebelum-sebelum ini begitu teruja berpindah negara, kini juga masih teruja berpindah negeri dan sedikit gerun dengan pengembaraan mendatang. 

Alhamdulillah proses berpindah di bulan mulia ini berjalan lancar lebih smooth daripada yang dibayangkan (why? sebab Amirah terlalu risau dan overthink yang everything will be messed up) and turned out, Allah made everything very smooth and He granted the serenity along the journey :")


sudah dua minggu menetap di tanah selanjur.
hectic. teruk. :|

masih mood enjoy (di tempat baru) dengan harapan selamanya enjoy dan temui rahmat dan hikmahNya yang terbentang luas. terlalu banyak perkara yang perlu dipelajari dan punya masa-masa yang perlu dioptimumkan, kerana hak dan tuntutan keliling semakin menambah-nambah :)


sepuluh malam akhir Ramadhan bakal menjengah sedikit waktu lagi, 
harapan didada terlalu membuak, tidak terluah.

ya Rabb, leraikanlah setiapnya agar dapat ku urus satu-persatu tanpa ada yang terlepas pandang, tiada yang terlupa atau terkurang dan agar dapat ku tadbir sebaiknya.

iimaanan wa ihtisaabaan.

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ، إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Ramadhan kali ini bukanlah mengejar kuantiti, berapa banyak itu dan ini. Ramadhan kali ini, memilih untuk menuntun hati dan iman; beramal lalu meletak pengharapannya hanya kepada Allah dalam segala hal.

moga diampuni dosa-dosa lalu..

Comments

Popular Posts