Tuesday, 9 February 2016

syukur kena payung !

kekasih yang dulu hilang kini datang kembali pulang. eh.

"kenapa ayat ni di namakan ayat seribu dinar? kalau baca dapat seribu dinar ke? kalau baca ayat ni memang akan dapat jalan keluar ke? memang dapat rezeki dari arah yang tak disangka-sangka? hm..cuba jawab"  
lain macam aku perhati surah at-Talaq kali ni. sebabnya aku langsung tak ada idea kenapa ayat ni dikenali dengan ayat 'seribu dinar'. tahu tahu dah memang macam tu. heh.
"er. ana tak tahu ustaz"  
"itu lah kita ni, duk baca-baca tapi tak tengok betul betul keyword dalam ayat ni, Allah kata
...dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar, serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka..." 
taqwa. itu kuncinya. bukan duk ulang baca tanpa meyahut seruan taqwa pada ayat tu. 

~

dalam kelas tadi, tengah cerita pasal tokoh Islam dari India, lepastu ada orang baik hati jualkan nama. grr.

"Ustaz, she likes India and.......Indian"

whattt. laju aku balas "Indian Food" eiii. aku jeling sebelah.

"really? you wanna go there?"

senyum angguk. "pray for me Ustaz"

"you will go there Insyaallah"

-ameen-

~

akhir ini, sangat rindukan suasana RI (rumah Islam). atau lebih tepat lagi rindu nak hidup didampingi akhawat. hidup tak banyak drama. segala hal remeh temeh kekal sebagai hal remeh temeh yang tak akan diperbesarkan. dan segala hal amal fardhi dan tarbiyah, itu sahajalah yang memenangi tingkat teratas yang tak pernah dipandang enteng.

rindu. sangat.
apa khabar amirah sekarang? (dah besar dah dia, huhu) 

yes, kita akan mula hargai bila kita dah tak ada semua perkara tu.

~

dan sangat tak sangka, Allah nak hadiahkan pertemuan istimewa dengan akhawat-akhawat dari India malam ni.

dan seperti selalunya, walau tak pernah kenal sebelum ni, saat bersapa, dah macam bertahun kenal, macam tak perlu nak ada sesi 'awkward' sebab dah terasa macam keluarga. aneh kann.

hadiah malam ni sangat special.
Allahu.

hanya satu rahmat yang Allah turunkan di dunia, sehingga kita merasai nikmat berkasih sayang sesama Muslim. moga tergolong dikalangan mereka yang dipayungi rahmat yang lebih agung di alam sana nanti.

hamdalah.

"heyy adik kecik yang berjiwa besar!" dipeluk erat.
allahumma ameen.


# do pray for me
# more steps to go!

2 comments:

  1. Assalam amie.. saya nak tanya, bila tarikh UNISSA call foreign students untuk intake august under biasiswa. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam, selalunya by akhir june and awal july. :) mohon unissa ke? ahlan!

      Delete