Ma'had Bu'uth Islami, Kaherah.

tentang sekolah saya *.*

Bismillahirrahmanirrahim.

ini sekolah saya ! *tersenyum riang bangga. :D
alhamdulillah, hampir genap dua tahun di sini. semester depan ni (2012/2013) insyaAllah bakal masuk ke thani thanawi. (lebih kurang macam form5 la) doakan saya :) harap ini tahun yang terakhir sebelum melangkah ke Universiti Al-azhar. *ada rezeki nak ambil musobaqoh. (exam loncat? memendekkan tahun pengajian) enshaallah.

terasa untuk menceritakan serba sedikit tentang sekolah saya ni, dengan hasil tangan sendiri...*eh haha. selama ni keje copy paste post orang lain je. kikikii. kepada sesiapa yang teringin nak sambung belajar di sini.. harap entry ni dapat membantu :)

*saya seorang pelajar ma'had yang duduk rumah sewa, so aktiviti mungkin tak sama macam pelajar yang duduk di asrama (asrama bu'uth). sekian ;)

Ma'had saya. *tapi ni bangunan banin.
[Credit]
dalam class [Credit]
[Credit]
[Credit]
* * * * * * * * * * * *

Ma'had Bu'uth Islami adalah sebuah sekolah/ma'had di bawah pendidikan Al-Azhar. kire macam high school al-azhar la, ada i'dadi (menengah rendah) dan thanawi (menengah atas) *mcm biasa la kann :) kelebihannya dapat masuk terus ke Universiti selepas habis di Ma'had tanpa STAM. *untuk pelajar Malaysia.

tempoh keseluruhan pembelajaran di Ma'had ini adalah enam tahun. form 1-3(I'dadi satu, dua dan tiga), dan form 4-6 (thanawi satu, dua dan tiga). tapi di Ma'had ini ada sistem pemendekkan tahun, atau saya lebih suka panggil exam loncat tak pun musobaqoh. Itu pun tertakluk kepada syarat yang di kenakan.

Pelajar juga di beri peluang untuk memilih mana-mana Universiti di sekitar Tanah Arab, negara-negara sekitar Egypt lah..(termasuk universiti Ummu Qura di Makkah) lebih 60 buah universiti yang di senaraikan untuk memilih. dan selebihnya silalah tawakal dlm penentuanNya :)) dan yang lebih pasti pelajar sangat berpeluang untuk meneruskan pelajaran di Universiti Al-Azhar :)

Persediaan

dari saya sendiri, saya tidaklah membuat persediaan 100% mungkin hanya 10%. jujur. hanya berbekal semangat yang dah tertanam bertahun tahun. dan cinta. *.* (?) [eh, menuntut ilmu itu perlu ada cinta tahuu?] saya tidak pernah membayangkan bagaimana negara Mesir ini..dan bagaimana sekolah baru saya nanti...

mungkin kerana itu saya terkejut berbulan bulan setelah memijak bumi ini? hee.

Egypt adalah sebuah negara yang pada saya self service? segalanya 'ahh kau buatlah sendiri!' nak pergi sekolah naik bas awam sendiri, takda orang ambik hantar. (manja pula budak nii) takda family kejut pagi pagi ingat kan segala benda. pandai pandai lah carik class tusyen, class language, class quran. cari support system, cari kawan yang baik, suasana yang baik..dll. uruskan pasal rumah pun sendiri...(dgn akk2). banyak kene gerak sendiri.
dan yang paling kene tough, part nak uruskan sekolah, pendaftaran. kesabaran sangat di perlukan. biasalah nak berhubung dengan masyarakat arab nii. :)

mencabar kann?

serious best gila ! so, sila tabahkan diri anda, mujahadah sangat di perlukan. dan saya nak anda tahu, tolong cinta kan Mesir. serious semua benda best dan awesome. :D :D :D percayalah sayaaa! err?

Pendaftaran

saya tidak tahu perkembangan terkini untuk kemasukan pelajar. sebab pengurusan ni selalu sangat bertukar tiap-tiap tahun. Lebih mudah pendaftaran melalui agen. cuma kosnya agak mahal. tapi mudahlah. KLIK SINI < Darul Rahim. *untuk banin (lelaki) yang banat nanti saya search, sbb banat baru je ada asrama bulan June lalu* saya akan update :))

Saya buat urusan pendaftaran sendiri dengan bantuan senior dan kenalan saya di Ma'had, kos taklah mahal. cuma penat sikitlah ke sana sini buat urusan. --->

untuk dapatkan borang pendaftaran di Mugammak Bu'uth, Raba'aa (office). perlu ada

  1. Salinan Passport (muka depan)
  2. Surat Sokongan dari Kedutaan (Embassy Malaysia)
  3. Surat Beranak (yang dah di translate di Embassy Malaysia)
  4. Gambar passport. (untuk keselamatan umum :P sila bawak gambar passport byk2, masa pendaftaran saya cuci 20keping, haha sangat berguna. dan jangan ada alasan tertinggal gambar wokehh. sampai nak exam punn guna! dengar cakap atukk ye..!)
  5. Visa (selalunya bakal pelajar akan buat visa pelancong di Tahrir selama 3 bulan. Visa perlulah sah untuk digunakan dalam pendaftaran. maksud : tak mati lagi! ;)
untuk menjadi pelajar yang berdisiplin :P harap korang dapat fotostat semua dokumen di atas lebih kurang 5 helai tiap satu. (sebab pakcik yang bekerja tu selalu mintak ikut suka dia aje...) jangan lupa sediakan fail tauu. tersusun sikit :))

then, boleh lah pergi ke Mugammak Bu'uth tu, dah dapat borang, korang kene buat medical check up di hospital, antaranya Hospital Zahra' dan Hospital Husin. kene ambil darahh taw. :P result medical check up keluar selepas seminggu. Borang akan ditinggalkan pada pihak hospital. Lepas seminggu, ambil borang tu then hantar ke Mugammak Bu'uth. 
*pastikan segala cop-cop dan tandatangan yang di perlukan di borang tersebut di isi.
*bayaran medical check up kurang dari 100 L.E  *ta ingat brapa. 

doa banyak2 :) hantar borang. then tunggulah nama naik di ma'had banin. lebih kurang dua hingga lima bulan. ada yang cepat ada yang lambat. tapi insyaallah semua bakal masuk ke class. 
(urusan saya ambil masa tiga bulan, sebelum nama naik untuk interview/penentuan class)

sementara menunggu, boleh lah penuhkan hari hari anda dengan class tusyen di luar, tak pun pergi je sekolah, sebab sekolah nii sesiapa pun boleh masuk untuk menuntut ilmu :)) tak kesahlah nama ada ke tak dalam sekolah. hihiii.

Yuran?

mungkin dah ramai yang maklum yang sekolah saya ni tak ada yuran... whatt? seriously? haha ye. tidak ada yuran melainkan duit kitab setiap tahun. 

duit kitab mengikut tahap. 
  • i'dadi : L.E 33
  • thanawi : L.E 43
murah kann? kalau convert malaysia dalam RM 25 sahaja. setiap tahun. sekian, bow. :P

Subjek

subjek ada sedikit perbezaan mengikut tahap (i'dadi dan thanawi),
i'dadi 2o subjekss. --->

thanawi 22 subjekss. --->

berpenat lelah saya buat ini untuk andaa. sila terharu :P *tiada apa pun dengan angka nombor itu. banyak? lagi banyak ilmu anda dapatt. kikikikiii

dann. semua subjek adalah dalam arabic. termasuklah computer, matematik dan sains. English dan Perancis terkecuali.

Kemudahan

oh. lupa untuk saya bagitahu nii awal awal. bahawasanya. Ma'had banin dan banat tidak bercampur. banin di kawasan lain dan banat di kawasan lain. tempat yang sama. cuma banat kene jalan jauh sikit ke dalam dari tempat perhentian bas. bangunan banin depan bus stop je. 

okeh tak perlu mengeluh. setiap langkah menuju menuntut ilmu itu sedekah. dapat free pahala tiap hari :)) excercise whahaa. 

saya tak tahu kemudahan apa yang ada. hehe sebab tak pernah pun pergi tempat lain selain class, bilik guru dan toilet. uuhuu. kejam punya pelajar. 

  • Cafe? takdak. tapi adalah satu sudut tu, abla jual biskut2 dan air2...jajan :)
  • Makmal Komputer. di mana saya akan masuk ke situ setahun sekali, tu pun sebab exam. jarang cikgu bawak masuk situ. hihi
  • Perpusatakaan. buat masa ni saya belum pernah masuk lagi. kakaka.
  • Bas Sekolah. yuran L.E 70. bas datang tak ikut masa. tercepat terlambat. tak pernah nya on time. better naik bas awam. *atas nasihat orang berpengalaman. boleh je nak try naik, bagitahu ablaa. :)
enshaallah Ma'had ni takdalah kelengkapan moden seperti di malaysia sekarang, biasa. sederhana. mungkin banyak yang tak lengkap, tapi insyaAllah cukup untuk menimba ilmu yang tak semua orang dapat ni. baru pasang kipas tahun ni. kire okeylah ada kemajuan sikit. ;)

yang kurang tu banyak bagi pengajaran sebenarnya. belajar erti syukur. 

sedikit gambar dalam class. bangunan banat :) 
[Credit]
[Credit]
okay whatt next? 

Waktu pembelajaran.

Hari : Ahad hingga Khamis. 

I'dadi : 8:00am - 12:30pm

Thanawi : 8:00am - 1:30pm

tapi selalunya ikut pada cikgu, kalau cikgu takda boleh balik awal :))

Lain lain? 

hee boleh tanya kepada saya, kalau ada apa-apa kurang jelas. atau maklumat selebihnya...

ps: pelajar perempuan Malaysia di sini boleh kiraa kott. kurang 15 orang :)) yang sah sebagai pelajar. banin ramai sangat. lebih 40 mungkin. sebab ada tiga buah asrama yang saya tahu.. banat buat masa ni ada satu asrama sahaja (baru)
kebanyakan pelajar banat duduk di rumah sewa dan rumah Malaysia (ARMA). nanti saya usahakan untk dapatkan maklumat tentang asrama banat :) enshaallah.

boleh add saya di facebook Mirafiqa Khairuddin. kalau ada apa-apa pertanyaan :)) 
tak pun pemilik blog ini --->SINI dan linklink yang saya creditkan setiap gambar (untuk banin)
facebook sekolah ---> SINI

wallahu'a'lam

Comments

Popular Posts