menjadi manusia

izinkan aku menjadi manusia - aku

teruntuk kamu si manusiawi
pada lahir teruji hingga akhir
tidak terluah terkunci lidah
semakin dalam pilu terpanah

manusiawi teruji adalah lumrah
mata menangkap pada nan indah
hidup pula jelek pabila rebah
paling kasihan teruntuk manusiawi

mata bak tertuju mencari kemuliaan
itulah rebutan dan peluang teriktiraf
menjadi teruji bukanlah pilihan
paling kasihan si manusiawi

dipersalah melempar keluh
terlepas rungut menelan gelisah
melekat hina tidak berpedoman
seakan dunia bukan tempatnya

bahkan itulah kasih dari Tuhan
bahkan di sinilah tempatnya
untuk menjadi manusia teruji.

-

pada fasa membenarkan diri menjadi manusia dan menerima mereka menjadi manusia, yang teruji. 

setiap dari kita adalah manusia yang teruji, tiada siapa yang bebas daripadanya. pada aku, itu antara tiket untuk aku berbuat baik terhadap sesama manusia. tidak kira siapa. lebih lagi pada mereka yang sengaja atau tidak sengaja menyakiti aku. why?

logik aku apabila ada orang yang dengan sengaja menyakiti orang lain ni, aku anggap keperluan hidup dia ada yang kurang. sama ada dia tengah ada masalah atau adalah tu yang tak kena dengan hidup dia. sebab tu dia buat dangg dengan perasaan orang lain.

dan bila aku ditanya dengan soalan-soalan seperti;

"kenapa you boleh senyum je?"
"mira, apa benda yang buat you marah ek? meh I nak buat you marah"
"you tak pernah buat jahat kat orang eh"
"you gaduh dengan husband tak kat rumah?"
"boleh tak you marah dia, I yang jadi marah you tak buat apa2"

jawapan aku; aku ada ujian aku, mereka pun ada ujian mereka.

untuk berbuat baik terhadap orang yang melayani kita dengan baik; itu mudah. 
untuk berbuat baik terhadap orang yang menyakiti kita ; itu tidak mudah.

itu pertatihan dan cabaran yang aku pilih. untuk kekal sangka baik terhadap sesiapapun. untuk kekal mendoakan yang baik-baik walaupun dalam hati berdendam macam macam. kerana mereka juga manusia yang menjalani ujian dalam hidup mereka. 

.

entah, aku merasa selama ini aku kurang empati terhadap kesusahan orang lain. mungkin kerana aku membawa personaliti yang 'masalah aku adalah masalah aku' jadi aku mula rimas apabila aku perlu menadah telinga mendengar atau bantu masalah orang lain. mudah kata "lah, selama ni aku ada masalah aku urus sendiri kot, kenapa orang lain nak susahkan aku dengan masalah diorang?" maaf ini menyakitkan, tiada ujian yang tidak menyakitkan, bukan? 

atau aku dah immune dengan emotional dumping jadi aku tak terasa nak kongsi masalah aku apatah lagi mempamerkannya. sebab being emotional dumping sumpah rasa munafik.

atas sebab tu, aku rasa the best way untuk aku payback 'rasa jahat' emotional dumping aku tu adalah dengan buat baik pada orang lain sebab aku tak tahu apa sebenarnya life struggle dia, apa kesusahan yang dia pendam dan apa ketakutan yang dia simpan.

-

iya, itu benar-benar kasih daripada Tuhan,
tanda sayang dan ingatan. 

meski jelas sekali aku manusia yang teruji,
dan yang teruji itu adalah kesombongan sanubari, 
moga kesombongan hanya tertahan dalam diri,
tidak terzahir pada lisan dan tangan untuk menyakiti.

moga Tuhan benar-benar mengirim kasih sehingga akhir masa.

Comments

Popular Posts