haqqan?
[ wahai orang-orang
yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan
jangan sekali kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam ] 3:102
Entah macam mana,
akhir ini akan sentap bila orang tanya "keif ashbahti?" bagaimana kau
berpagian? Bagaimana pagi kamu? Atau lebih senang, apa khabar?
Alah, kalau kena
tanya "keif hal" senang je lah, boleh spontan jawab "kheir kheir
tamam" "alhamdulillah khei" sebab dari kecik sampai sekarang belajar jawapan skema nya macam
tu!
Cemburu yang amat
pada Harith Ibn Malik, dia remaja juga. Tapi emosi dan jiwa dia jauh lebih
besar, jauh lebih benar.
Jawapan ikhlas
Harith bila ditanya oleh Rasulullah penuh dengan keyakinan "asbahna mukminan haqqan" aku berpagian dalam keadaan mukmin yang sebenar. Jauh
beza kot dengan diri sendiri.
Mana tidaknya, ini
mathurat tiap pagi pun, selalu tersengguk, hanya ucap dibibir tanpa hayati
benar-benar nikmat berpagian tu. Kadang-kadang pun sambil bermathurat terlelap
terus. Aishh. Apatah lagi, menikmati syukur atas Iman hari ini.
Sentiasa cemburu
dengan Harith. Dia menggunakan seluruh kemampuan emosi dan hatinya untuk
mencintai keimanan dengan sebenar-benar. Dan diri sendiri masih lagi mengisi
hati dengan kemanjaan, hal-hal kecil, perkara dunia yang tiada kekalnya,
ambil-ambil hati, makan-makan hati, risau risau kecil, sangka-sangka buruk...
Ya Rabbi.
Dan hakikatnya, hati
kita mampu merasai lebih besar dari itu semua. Sangat mampu, hanya kita terlalu
mencintai dunia yang membuatkan kita statik dan tidak cuba membesarkan
perasaan. Emosi kita mampu dan berhak berTuhan. Perlu mendidik perasaan untuk beremosi hanya kerana Allah.
Sehingga kita
mencapai nikmat mukminan haqqan.
Dan seringkali
ditanya oleh para murabbi di uni, "keif asbahti?" dan waktu itu, aku
rasa macam nak mulakan semula pagi ini dalam keadaan Muslim yang
sebenar-benarnya. Allahu.
~
"keif asbahna
ya Harith?"
"asbahna
mukminan haqqan"
"li kulli
syai'in haqiqah, fama haqiqatul iman?"
"Aku
mengasingkan diriku dari dunia, aku berpuasa di pagi hari dan aku menghidupkan
malam-malamku. Aku melihat Arasy Allah bercahaya. Aku melihat orang yang di
dalam syurga saling berziarah dan aku melihat orang menjerit di neraka"
"kau adalah
pemuda yang telah diterangkan oleh Allah hatimu. Kau benar maka
beriltizamlah"
Allahu.
Comments
Post a Comment