post reading syndrom

post reading syndrome ; Yang Paling Patah Antara Kita by Ainul Farihah


kisah patah. 

sebelum itu, nama pun kisah patah, maka tidaklah mudah untuk diceritakan. hakikat dalam meneruskan kehidupan adalah apabila kita berdamai dengan diri kita sendiri. menerima, merawat dan membina diri kembali.

-

[2013]

waktu itu, aku masih belum official graduate daripada Bu'uth. sebab pertama kali sepanjang aku di Bu'uth, aku kena repeat paper (duur thaani & duur thaalith). Jadi, fikiran aku banyak risaukan satu subjek yang sangkut sebab kalau duur thalith tak lepas, aku tak dapat masuk Kuliah Al-Azhar. mungkin deep inside aku waktu itu ; aku terlalu down, tapi tak terluah.

maka, tempoh cuti summer menjadi sangat singkat, sempat Ramadhan dan awal Syawal sahaja di Saudi. pada tempoh itu lah sesuatu yang 'aneh' berlaku.

ada satu hari tu, macam biasa siang-siang yang lapang, tak ada apa pun yang aku buat sebab nature bila aku di Saudi, memang memanfaatkan dengan doing nothing.

sedang berbaring, tiba-tiba jantung aku berdegup laju. kuat. aku bangun lihat sekeliling. tak ada apa pun. aku mula berpeluh dan rasa takut. aku melihat lagi ke sana-sini sebab aku betul-betul sedang rasa diperhatikan.

tak boleh jadi ni. aku tak boleh nak control rasa takut ni di tambah berdebar yang tak berhenti. aku masuk toilet dan ambil wudhu'. aku literally boleh ingat setiap yang aku buat sebab semuanya menjadi aneh sejak waktu tu.

tangan aku mula menggigil kuat.
aku masuk bilik ibu, ibu sedang tidur waktu tu. aku hampar sejadah dan solat sunat berhampiran katil ibu. sepanjang solat kau tahu apa aku rasa? aku rasa Malaikat Maut betul-betul tengah tunggu aku. aku punya takut sampai aku menggigil dan berpeluh.

kenapa aku solat? sebab aku takut.
aku takut apa? aku takut kalau-kalau nyawa aku dah sampai masa.
siapa yang perhatikan aku?
kenapa aku macam ni?

hujung solat aku panjangkan sujud, aku betul-betul rasa itu bakal menjadi sujud aku yang terakhir. tapi.

TAPI KENAPA AKU TAK RASA TENANG LANGSUNG.

aku bagi salam, aku capai mushaf. aku separa berbaring sebelah ibu. aku mula dengan bacaan ma'thurat kemudian aku sambung bertilawah dengan suara perlahan harap tak ganggu ibu tidur. dan niat asal aku berada di sisi ibu adalah aku mahu meminta maaf untuk kali yang terkahir dan minta redha ibu bila waktunya benar-benar tiba.

tak lama, ibu terbangun dan tanya "kak, awak okay tak?"

"okay.." perlahan sambil mengangguk.

"katil ibu bergegar ni, awak kenapa?"

huh. aku baru perasan yang aku menggigil semakin kuat dan buat ibu terjaga. mungkin aku sedang fokus cari 'ketenangan' melalui tilawah itu sendiri tanpa sedar fizikal aku semakin kuat menentang dan melawan.

ibu bangun ambilkan air zam-zam untuk aku minum tenangkan diri. awalnya aku mahu menolak sebab aku berpuasa. tapi ibu paksa supaya aku berbuka sahaja dan makan sedikit roti. aku batalkan puasa sunat syawal aku pada waktu tu, walhal tiada langsung urusan dengan lapar atau dahaga.

Ibu makin risau sebab masih tak ada kesan terhadap aku. aku masih berdebar, menggigil dan semakin melemah kerana nafas sudah tidak menentu. Ibu contact ayah supaya pulang ke rumah pada waktu tu dek risau keadaan aku. daripada tengah hari hingga ke petang mulut aku entah berapa kali mengulang doa-doa mathurat ; aku yakin itu pelindung paling utuh.

pelindung terhadap apa?
aku takut apa ni?

hampir menjengah waktu 'Asar, ayah masuk rumah dan terus laungkan azan pada setiap sudut rumah.

rasa takut aku hilang serta merta, dada aku kembali tenang. rasa semakin selamat.

selamat daripada apa? mati mungkin.

ayah being tipikal ayah selepas lihat aku semakin tenang..
"malam tak tidur, siang tak bangun-bangun, solat tak jaga, ni lah jadinya"

tak sempat aku merespon, aku tertidur waktu itu juga.

-

apa yang berlaku waktu itu? aku tak tahu.

entah, aku sendiri mahu lupakan sahaja.

tetapi, ia tidak berakhir di situ.

-

malam kejadian tu, aku mahu tidur awal, bukan lagi stay up hingga ke subuh. entah bagaimana, aku kembali rasa takut untuk tidur. macam mana kalau tidur terus mati? aku sleep paralysis berkali-kali hingga ke subuh.

cukup untuk tahu, itulah rutin harian aku semenjak hari itu ; insomnia + dread thought + sleep paralysis + short breath + heart palpitation

setiap kali aku solat. aku akan persoalkan semula ; kenapa aku perlu takut pada mati? atau ini rasa taqwa yang selama ini aku pinta? kalau inilah rasa taqwa, aku sangat-sangat tidak sanggup merasainya lagi. sebab aku terlalu takut. sehingga aku tak rasakan manisnya solat dan sujud.

iya. jika itu taqwa kenapa aku rasa terseksa dalam ketakutan? jika itu yang orang-orang soleh rasa kenapa aku langsung tak rasakan ketenangan?

-

aku pendam sendiri. kira aku, tiada siapa akan fahami aku. selepas aku lalui kehidupan merantau sendiri ke Egypt, hidup umpama tiada batasan di sana. kini, dunia yang sama luas aku lalui dengan rasa sempit dan terbatas.

hati aku ke yang Tuhan sempitkan?
diri aku ke yang ditulah Tuhan?

semenjak itu..
tiada apa yang menarik perhatian aku.

bila aku buka mata daripada tidur perkara pertama aku fikir : macam mana kalau 'mati' tu berlaku hari ni?

bila tiap kali naik kapal terbang, keterujaan aku hilang, yang ada : kapal terbang ni akan terhempas ke? pada setiap turbulence akan trigger jantung aku berdegup laju dan aku cemas tak tentu pasal.

bila aku bertemu kenalan-kenalan yang sentiasa menghiburkan jiwa dan memberi semangat pada aku, aku akan : ini senyuman terakhir aku untuk dia, ini khidmat terakhir aku, aku mengakhiri kehidupan aku dengan berbuat baik pada dia.

bila bercerita tentang masa depan, aku sendiri tidak tahu apa yang harus aku pilih : sempat ke aku merasa kehidupan-kehidupan tu? kalau harini 40 hari sebelum 'mati' tu datang so aku tak sempatlah kan?

bila aku makan : harini aku makan sikit lagi, tu tanda-tanda juga kan?

bila aku melintas jalan : nanti kereta tu akan langgar aku ke? ke kereta yang tu?

bila aku berseorangan di satu ruang aku akan memerhati setiap sudut berkali-kali kerana aku rasa sedang diperhatikan.

bila berada di luar aku sentiasa rasa tidak selamat, segala macam kemungkinan buruk aku akan fikirkan : hari ni ke?

bila tiba waktu malam pun tiada apa yang mudah untuk aku lalui, antara yang paling aku tidak gemar : paksakan diri tidur + melawan bad thought dalam kepala sendiri.

aku usulkan permintaan pada ayah : aku mahu start fresh di Jordan, nature aku selalunya lebih excited dengan tempat baru. Hampa. hanya bertahan tiga minggu. tiada apa yang menarik keterujaan aku di sana. (hakikat : aku masih dihantui)

aku usulkan satu lagi, biarlah sambung di Egypt sahaja. Hampa juga. Universiti Al-Azhar yang menjadi cita-cita utama aku selama ini langsung tak membuat aku teruja. aku tinggalkan juga. segalanya sebab aku rasa tak selamat berada di mana-mana. erti kata lain, aku rasa dah tak boleh duduk seorang diri sekarang!

agak semberono tapi ada juga usul sampai pada ayah untuk carikan je student Makkah/Madinah yang single, bolehlah kahwin. itu jalan pintas. dapat sambung belajar pakej ada orang teman setiap masa. mujur itu ayah tak turutkan.

maka, aku bawa diri pulang ke Malaysia.

dengan jiwa separuh hidup segan-segan itulah aku melangkah dengan harap untuk memulihkan diri, sehingga rezeki menjemput aku ke Brunei. tahun pertama yang ~ aku nampak diri aku loser teruk. serba serbi tak kena.

terlalui kehidupan itu sehingga hampir satu tahun. sedar dan tidak, tempoh yang lama itu dah banyak ubah diri aku.

aku recover? mungkin.
sama ada aku recover atau aku yang dah immune.

aku recover pun, tanpa aku tahu apa punca aku dan apa cara paling tepat. lawan aku adalah ketakutan, maka aku jadi pengecut untuk rasa selamat. aku jauhkan diri aku daripada segala perkara yang trigger aku. pada aku, itu dark phase dalam hidup. terpaling patah.


-


kisah patah 10 tahun lalu.
bila diceritakan, boleh jadi kita akan diremehkan,
sebab pada mereka; orang beriman hanya takut pada Tuhan. orang yang solat jiwanya tenang. Mukmin yang kuat lebih baik daripada yang lemah. rasa takut dan pengecut tak valid untuk seorang Muslim.

selain daripada aku melawan masalah ketakutan aku, aku juga melawan bahawa aku bukanlah manusia yang ditulah Tuhan. 

setelah 10 tahun ini, dalam counselling session; pertama kali aku dapat validation tentang apa yang aku rasa dan lalui. sebagai seorang manusia, aku terlalu relief selepas tahu apa masalah aku. mental sickness is no joke. symptoms of anxiety attack are similar to the heart attack. how I wish to get to know this earlier back then. 

tak adil rasanya jika aku tak kongsi cara aku get rid from those anxiousness tetapi aku betul-betul rasa it's naturally gone sebab aku dah immune dan belajar untuk ignore. a combo of my defense mechanism. 

tipu kalau aku kata aku tak buat apa-apa langsung usaha untuk pulihkan diri aku. antaranya:

1. sejak tu, aku cuba jaga body system aku. no more stay up dan paksakan tidur. (ingat dapat ke? tak. aku tak dapat get rid pun)

2. aku perhatikan aktiviti harian aku, ada tak yang tak sihat? too much screen time, too much free time, too much melagho dll. I try to cut mana yang unnecessary. (well, tak mudah pun nak ubah lifestyle, but I'm aware of it)

3. aku perhatikan makanan aku. I cut coffees, desserts, instant foods, cheese, junk foods dll yang aku rasa unhealthy which I consumed too much. (sekali sekala cheat juga)

4. I went for ECG and medical checkup. everything was fine and normal. 

5. Reading. to keep myself positive and train my mind to do so. 

6. Avoid semua perkara yang menakutkan dan yang trigger my anxiety. banyak sgt T.T (ini memang aku komit jaga)

7. let go of everything that burdens my mind. I take a problems very slightly. trying to not to overthink or stressing my mind. yang controlable aku hadap, yang uncontrollable aku ignore. (this is who I am now, sampai ada yang anggap aku tak kisah banyak benda dalam hidup. gamble and go je)

8. build my inner peace. (after all I believe everything is possible with Allah's will)

pendek cerita, aku cuba dan hopeless.
sampailah satu saat aku rasa bernyawa semula.
itu, kerja Tuhan. Hamdan lillah. 
sejak itu gol hidup; mahu kekal tenang. 
tenang itu nikmat.




yang pasti, 

it's okay to not be okay.
lama mana pun diremuk,
yang patah, akan tumbuh.



"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar,

iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata "Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un" (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali).

Mereka itulah yang memperoleh ampunan dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk."

Al-Baqarah: 155-157




blame novel Yang Paling Patah Antara Kita by Ainul Farihah yang buat aku rekodkan fasa patah ini di sini. 




on a side note; 
teruntuk insan-insan yang wujud pada fasa aku #patah sehingga #tumbuh. meski cerita #patah ini baru kini terluah, kalian jugalah yang menyumbang kekuatan dan semangat. 

terkhusus buat semua insan di bumi berkah Brunei yang menerima seorang Amirah dalam hidup kalian, Jazaakumullah.

Comments

Popular Posts