cukup?



seperti selalu, melalui penulisan akan mengubat setiap keterlukaan. memujuk hati dengan bait kata yang tersusun sedangkan apa yang dirasa penuh celaru. 

bayangkan dengan segala kecelaruan yang membuak-buak di dada mahu saja menjerit *hitt! dan sebagainya tanda melepaskan marah pada diri. 

butang app ditekan. the best way to relieve the pain is only through writing. entah mengapa. berat jari mahu menipu. meski hanya carutan yang berlegar di dalam kepala but to 'be true' in writing is not a ticket to be rude and harsh to yourself and others.

"jika Tuhan kata segala isi dunia ini cumalah ujian, maka itu sudah cukup membuat aku bersandar kembali padaNya" [tweeted]

itu yang terluah

aku melangkah ke ruang selamat untuk bertafakkur. hm. tidak. tiada apa yang waras untuk aku fikirkan waktu itu. aku capai mushaf berdekatan. buat kira-kira dan buka mushaf mengikut kiraan tilawah aku tu. aku pandang sekilas muka surat tu. aku tutup semula mushaf dan meraup muka. mata terasa panas. 

aku menarik nafas lalu hembus. buka mushaf. aku tutup semula. sedar, aku tak ready untuk kena headshot direct waktu ni. air mata tertumpah dahulu sebelum sempat aku baca kalam Allah.

Allah sentiasa punya cara untuk menyampaikan kasih dan sayangnya. ayat demi ayat seakan tenang menegur, lalu memujuk dan memberi harapan:


 وَسَارِعُوٓا۟ إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا ٱلسَّمَـٰوَٰتُ وَٱلْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ [3:133] 

iya. first thing first itu sahaja paling layak untuk aku sekarang. pohon maghfirah. bukan itu sahaja. kalimah  وَسَارِعُوٓا۟ bersegeralah. seakan apa-apa hal pun mohon ampunlah untuk diri kau dahulu. at moment you feel worse, the only way is to seek maghfirah first. selepas keampunan, kejarlah syurga yang telah Allah sediakan. It really touched me. bahawa apa pun yang kau sedang hadap ni, at the end yang kau kena kejar tu syurga Allah. 

lilmuttaqin. untuk orang yang bertaqwa. siapa?

[3:134] ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ فِى ٱلسَّرَّآءِ وَٱلضَّرَّآءِ وَٱلْكَـٰظِمِينَ ٱلْغَيْظَ وَٱلْعَافِينَ عَنِ ٱلنَّاسِ ۗ وَٱللَّـهُ يُحِبُّ ٱلْمُحْسِنِينَ

headshot berkali-kali. aku datang dengan jiwa yang penuh berkira-kira hari ini, hati yang terlalu marah dan mula merancang tindak balas yang tidak baik. aku terdiam pada ayat kedua. aku tak pernah rasa berat untuk menyambung bacaan seperti ini. terlalu tepat teguran ini sehingga hati terasa berderai.

siapa orang yang bertaqwa?

1. orang yang menginfaqkan harta pada waktu senang mahupun susah.
menjadi orang yang sering memberi, pada waktu sedang berharta atau tidak berharta, pada waktu berat mahupun ringan, sewaktu bersemangat ataupun malas, pada waktu sihat atau sakit, pada kau sedang gembira atau sedih, yang pentingnya dalam keadaan apa pun. kau kena sentiasa memberi. Allahu.

pernah tak kau rasa terlalu jengkel sehingga kau menahan pemberian kau? aku. pernah. T.T

2. orang yang menahan amarahnya.
terhadap sesiapapun. orang terdekat atau orang jauh. dikenali atau tidak dikenali. orang yang layak dimarahi atau tidak. terhadap apapun. 
aku tahu, marah itu juga perasaan. aku layak untuk ada rasa marah. tetapi melampiaskan marah dengan memaki, meninggi suara dan mengucapkan kata tidak hormat bukanlah penyelesaian tetapi akan mewujudkan konflik lain pula. 

pernah tak kau terlalu marah sampai kau mahu membalas dendam terhadap perkara tu? aku. selalu. T.T

3. orang yang memaafkan sesama manusia.
untuk menahan amarah sahaja memerlukan juhud yang besar. inikan pula dituntut untuk memaafkan. Allahu. jalan mudah untuk memaafkan adalah apabila sudah hilang rasa marah, betul kan? but the practical is not like that. menahan marah dan memaafkan. both go together. mampu?

T.T

itu muhsinin. orang-orang yang berbuat baik. datang dari hati yang baik.

[3:135] وَٱلَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا۟ فَـٰحِشَةً أَوْ ظَلَمُوٓا۟ أَنفُسَهُمْ ذَكَرُوا۟ ٱللَّـهَ فَٱسْتَغْفَرُوا۟ لِذُنُوبِهِمْ وَمَن يَغْفِرُ ٱلذُّنُوبَ إِلَّا ٱللَّـهُ وَلَمْ يُصِرُّوا۟ عَلَىٰ مَا فَعَلُوا۟ وَهُمْ يَعْلَمُونَ

4. mereka yang segera ingat kepada Allah dan memohon ampun akan dosa mereka.
pada setiap dosa yang dilakukan dan perkara yang menganiaya diri sendiri, atas sekecil-kecil hingga sebesar-besarnya. bukankah setiap anak Adam berdosa? dan sebaik-baik orang yang berdosa ialah yang bertaubat.

dengan realiti hidup sentiasa memberi tekanan terhadap diri untuk beremosi, tindak tanduk juga patuh pada emosi lebih daripada mengikut syariat. 

tahu itu dosa dan tahu itu salah, tapi kau tergelincir juga. fastaghfaruu. tak pernah hening tanpa dosa, kan?

look how Allah pujuk dengan susunan ayat-ayatNya seakan sedang membentangkan kehidupan aku dan menjelaskan solusi. sekali lagi jiwa pecah T.T

[3:136] أُو۟لَـٰٓئِكَ جَزَآؤُهُم مَّغْفِرَةٌ مِّن رَّبِّهِمْ وَجَنَّـٰتٌ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا ٱلْأَنْهَـٰرُ خَـٰلِدِينَ فِيهَا ۚوَنِعْمَ أَجْرُ ٱلْعَـٰمِلِينَ

ni'ma ajrul amilin. itu.
untuk mengecap sebaik-baik balasan, hanya dengan sebaik-baik amal yang dipersembahkan.

iya, baru kau sedar ini dunia kan mirr?

-

pulang ke rumah daripada lelah di tempat kerja. tempat terselamat juga selain musolla. masih beruntung Tuhan kirim insan yang setia mengusap tangis dan memujuk emosi untuk tenang. 

entah mengapa dan apa yang menyerang fikiran. mahu bersikap dingin sahaja kebelakangan ini. I know this phase will pass by. 

hanya rumah tempat tenang dan paling selamat untuk meluah segalanya.

masih mencari erti kecukupan. penuh rasa cukup. bila rasa cukup kita sudah tidak endah apa orang mahu buat ke atas kita kan?

sebab Allah yang akan cukupkan segalanya.
lebih-lebih lagi, kecukupan jiwa.

Comments

Popular Posts