0200,18092021


"beruntung awak dik, mudah je bersalin" kata nurse selepas menghantar aku masuk ke wad.

"hm?" sambil terangkat kening dan tersenyum. mudah? detik hati.
"terima kasih banyak kak, Allah je mampu balas semuanya" ucapku tulus. sambil menahan tangis.

"dik, jumpa lagi dua tahun ok?" nurse ucap sebelum berlalu keluar.

"Allah Allah, kena fikir semula ni kak" sempatku membalas.


perjalanan aku melahirkan kali ini, aku niatkan mahu diangkat dosa dosa dan kembali suci sesuci bayi yang ku lahirkan. aku tahu bukan mudah. dari penghujung kandungan dah diserang dengan pelbagai cerita cerita yang melemahkan keyakinan dan semangat aku. daripada wabak covid yang mengancam nyawa ibu mengandung hingga ke kes yang tular mengenai layanan buruk nurse nurse di hospital kerajaan pada saat melahirkan. 

anxiety betul2 menganggu aku. susah tidur malam, kerap berdebar dan hampir tiap malam mimpi masuk labour room. sampai perlu menghadkan penggunaan media sosial dan mengelak dari membaca/ambil tahu isu semasa yang melibatkan nyawa..

tibalah pada hari yang aku dijangkakan bersalin, bermula jam 6am sudah keluar tanda (darah) yang berkemungkinan besar sudah ada bukaan jalan utk melahirkan.

16092021 - 8am, aku dan suami refer ke hospital dan bukaan baru 1cm. masih terlalu awal, sakit contraction baru selang 20minit dan masih tidak mencengkam teruk.

17092021 - 2am, sakit contraction dah kerap kurang dari 10mins. risau. sakit dah kerap tetapi masih lagi tak mencengkam kuat. aku masih boleh chill. tak kaku kesakitan. pun begitu, excited utk refer hospital jam 2 pagi itu juga 😂 (tidak sabar nak melahirkan, aduhai). bukaan baru 2cm 😅 balik drpd hospital jam 4 pagi boleh relax tidur nyenyak. eh tapi sampai jam 6 pagi dah tak boleh tidur dan mula mencengkam sakitnya. tahan-tahan biar betul betul sakit. (sungguh aku dah lupa mcm mana sakit kuat yang sesuai utk refer hosp) 🤦🏻‍♀️

cakap dekat suami, I nak makan byk byk, I perlu energy. kami pun ke Mcd tapau mcm mcm. park tepi hospital dan makan. sebelum nak check lagi bukaan jalan sebab dah kerap kurang 10mins.

2pm, bukaan jalan 3cm. Allahu. progress terlalu perlahan. aku dah mula risau sebab ada juga kes sudah sakit teruk tapi jalan tak buka-buka. aku dimasukkan ke wad, Doc kata kita tunggu 4cm then boleh proceed labour room hari ini. agak teruja. 

sepanjang dalam wad, aku banyakkan berjalan dan workout. betul2 mahu pastikan semakin kuat sakitnya supaya cepat bukaan jalan. 

disepanjang itu, aku banyak menahan tangis, semangat semakin menipis. rasa sepi dan semakin kosong menghadap sakit yang aku tidak tahu bila penghujungnya. everytime suami call, aku nangis. iya, terasa sedih lain macam aku pun tidak tahu mengapa.

seiring sakit aku bayangkan kisah Siti Hajar yang lebih dahsyat dugaannya dan kisah kisah para anbiya' aku ceritakan pada diriku sendiri untuk mengelak daripada fokus sakit. iya, sakit dah semakin kuat. 

7pm, aku minta nurse checkkan bukaan jalan dah 5cm. nurse minta aku prepare diri utk masuk labour room. Alhamdulillah! leganya dengar. dari 7pm aku dah bersiap sedia. menunggu nurse tarik katil aku ke lr. hm. penantian demi penantian yang menyakitkan! 

aku bangun ke toilet untuk berwudhu, niat untuk jama' kan solat sebelum ke lr.

"awak, lr full, ada pesakit yang 5cm juga, kita akan tengok siapa lebih sakit akan ke lr dulu" kata nurse. 

"alah, dia boleh tunggu la siap boleh jalan sana sini" celah nurse sorang lagi. 

aku? tak sempat balas apa. sampainya hati. Allahu. 

usai aku solat, aku lihat pesakit lain didahulukan ke lr. Allahu. peritnya rasa. sebab aku yang refer dahulu dan tunggu dari 7pm td :') 

9pm, katil aku disorong ke laluan sebelum ke lr. aku mengharapkan sesegera yang mungkin. sok sek sok sek para nurse disekeliling menyatakan lr masih full. 

entah bagaimana utk aku menceritakan semula. setiap 3-4mins diselang rasa sakit yang kuat. rasa mahu patah pinggang dan kaki. bila sakit hilang, aku menangis. rasa kena seksa (bukan sebab sakit, tapi sebab kena menunggu dalam keadaan sakit) 

"nurse..lama lagi?"
"nurse..masih full?"
"nurse..sakit sgt.."
"nurse..saya dah tak larat"
"nurse..nak air" 

dalam hati aku memang nak give up. tapi untuk give up pun tiada jalan keluar. sakit ini takkan berhenti selagi aku tidak melahirkan. Allah Allah. 

sekali lagi aku mengadu sakit pada nurse dan...

"kita tunggu lr kosong baru dapat tolak awk ke sana, ini semua kerja Allah.." 

menangis lagi.
La haula wala quwwata illa billah!

10pm, nurse menyorong sorang lagi pesakit ke laluan lr. 

"rate kesakitan awak 1-10?" tnya nurse.

"7" nyataku.

"7-10 dah tahap menangis tau"

"saya dah menangis dah nurse" jawabku sambil sanyum simpati

"tu boleh senyum lagi tu"

tidak lama, nurse dahulukan pesakit tadi ke lr. dia dah meraung kuat. T.T

terasa dizaliminya! dalam hati aku doakan mereka yang di lr semua mudah bersalin dan cepat selesai!

akhirnya, 
18092021 - 12:15am, giliran aku masuk ke lr. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. nurse check bukaan jalan masih 4-5cm. sungguhlah? T.T

12:40am, procedure sama dilakukan, nurse check kekerapan contraction kemudian pecahkan air kentuban. aku dah prepare mentally bakal melalui tahap kesakitan 8-10. 

"nurse, estimation berapa lama ya?" tanyaku pada nurse yang in charge aku. 

"jalan awk masih 4-5cm, saya bagi 4 jam dulu ya" 

Allah Allah! Allahul Musta'an!

berlalulah kesakitan selang seminit itu. Allahu Akbar. 

1.45am, lebih kurang satu jam berlalu. aku mengerang kuat. dua orang nurse masuk check detail aku..

"hai, jalan baru 4cm kan tadi, ni baru sejam nak teran dah ke?" sambil dia gelak dengan kawan nurse yang lain. 

aku masih menahan sakit. 

"nursee...saya nak teran boleh?" dengan suara tertahan-tahan.

"iye je awak tuuu. baru lagi nii..." 

"nurse tolong..." sambil ngerang sakit. 

nurse menghampiri "eh betullah dia dah boleh teran, tu haa dah nampak rambut baby" sambil gelak lagi telahan dia yang tadi salah.

Allahu. Alhamdulillah!

nurse yang in charge aku masuk dan teruskan sesi final! (meneran)

2am, saat aku dengar suara anakku menangis Allahu Akbar, LEGA! aku menangis sungguh-sungguh. Alhamdulillah! aku dakap erat anak dengan air mata yang laju mengalir. sempat aku membisikkan azan di telinganya. Allah Allah. akhirnya :')

selepas nurse meneruskan procedure2 lain, aku tertidur kepenatan sebelum di hantar masuk ke wad. tak lama aku terjaga, masih sendirian di dalam lr. aku melepaskan tangis lagi. sebuah kelegaan. ku panjat syukur berkali-kali. Alhamdulillah Ala kulli Hallin!

-

mudah? 
selepas menerima pujian daripada nurse itu, aku hanya mampu ucap syukur. walaupun kiraku perjalanan kali ini begitu mencabar dibanding anak pertama dulu. 

bagaimanapun, Allah sgt memudahkan urusan di dalam lr. momen besar sebegini aku ingin rekodkan di sini, Allah tolong banyak sgt. walau pada detik aku berputus asa, rahmat Allah sentiasa ada. hanya Dia. 

ingat lagi, dalam perjalanan ke hospital, suami sempat berikan nasihat berharga; 

apabila kita melalui kesakitan, hanya diri kita dengan Allah shj. sebutlah Hasbunallahu wanikmal wakeel. Hanya Allah yang mampu mudahkan, ringankan dan menyelamatkan. 

<3

mom of two. 
wardah & dalila.

dengan harapan besar, agar pundak semakin kuat dalam membesar dan mendidik anak anak juga memberi teladan yang terbaik :')

Comments

Popular Posts