susah urus senang

susah urus senang


(nota; ini hanyalah bebelan ketika bosan)

me to myself setiap kali masuk office; mirr, jangan kau melagho please.

siapa tahu, (ini aku nak bagitahu)
semenjak aku kena support project lain, dengan terlalu berat hati aku melangkah. why? sebab aku dah agak selesa dengan project lama (pertama) aku tu. dah mula ikut rentak, faham cara kerja dan terlalu enjoy buat research setiap hari. iyalah selesa kan? 

tak lama tu, leader aku nak aku support another team yang kekurangan arabic speakers. jadi, "I have no other option, right?" bunyi macam pasrah tapi begitu berharap leader aku respon dengan option otherwise. can I just stay?

he said only for two weeks.

-

hampir cecah tiga bulan di sini. permulaan yang berat tetapi kesudahannya sehingga hari ini masih belum ada queue tasks yang perlu aku selesaikan. setiap hari. nikmat? aku rasa kuota senang lenang dalam hidup aku bakal habis begitu sahaja. T.T

macam-macam aktiviti (terhad sebenarnya) yang aku cuba buat. dari ke melangut, dengar talk, baca buku online, movie, tak pun tidur. fuh. kitaran yang agak boring juga. daripada datang office niat untuk laksanakan kerja sampai lah niat sekarang datang untuk tak buat apa-apa. faham ke? dia macam nak nikmati ke nak risau ni?

bayangkan team aku datang untuk log in - log out sahaja. sekali lagi, setiap hari aku persoalkan benda ni. teammates semua suruh aku enjoy je moment ni. but you know something so wrong bila you have nothing to do everyday. 

oh ya (1), dalam production room aku tak boleh bawak masuk apa-apa pun even a piece of paper or pencil or phone. kena senyap. haa. faham tak. jadi kalau aku nak cilok buat apa yang aku nak, aku kena pergi ke meeting room atau pantry atau surau. rasanya security guard semua dah cop muka aku ni je yang selalu keluar dari production room! haru.

begitulah seorang Amirah yang dari dulu tewas dengan masa lapang. bila ada komitmen barulah otak dia shaghal (berfungsi). jika ini sebuah nikmat, masih perlu diurus, bukan? 

help. daripada otak aku waras sampai ke melagho je setiap kali datang office akibat bosan.

oh ya (2), dalam tempoh dua minggu ini, aku kena pindah office yang jarak lebih jauh dari rumah. sekarang je dah jauh, yang bakal ni laaagi jauh :') part part pasrah dan redha ni aku memang layankan aje, no other option right? nasib aku memang selalu juga kena keluar dari comfort zone ni. 

Allah lebih tahu. kali ni taknak bersangka-sangka walaupun tahu realitinya memeritkan. sebab? sebab He knows more. macam sekarang, dia kasi susah satu kali, tetapi senangnya melimpah-limpah. jadi tiada hak untuk risau mengeluh pada satu kesusahan. tidak?

-

kita tutup dengan harapan esok-esok queue tasks muncul.

# cerita kerja
# 6 months as arabic data analyst 
# egypt vibes (kalau ini benar sama dengan phase egypt, so yang hanya adalah survival mode)
# moga survive lalu menang
# allahummabaariklanaa.

Comments

Popular Posts