Irhamna ❤

teratak kecil hingga ke taman syurga, moga.

seiring waktu berlalu, semakin lama semakin dalam aku menyelami jiwanya.
jika mereka kata perkahwinan itu perjudian, tidak bagi aku. 
perkahwinan itu sebuah perjuangan yang terlalu manis dan indah.


manis yang bagaimana?
manis apabila terlalui susah dan sempit kehidupan bersama. manis itu terasa apabila sudah terlalui kepahitan amarah, ketajaman bicara dan keterlanjuran perilaku, namun dihujungnya Tuhan titipkan rasa kasih yang semakin kuat. dari situ hadirlah kemaafan dan kelapangan buat dua jiwa. 
dari situ juga saling mengenali dan saling menerima dua sisi berbeza untuk sama meniti jalan kepadaNya.

indah yang bagaimana? 
indah sehinggakan aku tidak mahu 'pergi' dahulu kerana berat membayangkan jika dia merasai sakitnya sebuah perpisahan dan kehilangan. perasaan yang tidak pernah terlintas kini sering berlegar difikiran. indah apabila doa dalam sunyiku mengharap segala kebaikan hanya untuknya. indah apabila perasaan wanitaku tidak hanya dibelai manja tetapi dihadiahkan jalan kesabaran demi kesabaran. 

aku mengimpikan jiwa dan cinta kami kekal bersederhana.
tidak membebankan diantara keduanya.
tiada apa yang mahu dikejar pada mata dunia.

sedang..
membina peribadi itu sudah memerlukan juhud yang besar,
apatah lagi besarnya tanggungan membina keluarga yang dicintaiNya.


aku melalui sukarnya meniti jalan motee'ah.
tetapi dia sering memudahkan aku mencapai redhanya :')
dari itu aku sering merasa kasihnya Tuhan padaku.

moga Allah tidak pernah henti limpahi kami dengan kasih, sayang dan rahmatNya.

-

Selamat Hari Lahir, buat penghulu Syurgaku.
cinta pertama dan terakhir. 
dari terlafaz akad hingga abad. 

dariku, yang ingin sekali kita bersama menjejaki syurga ❤

Comments

Popular Posts