kita

bestfriend I yang terpaling best sekali; suami 

(with my colleagues)

"Amira, in a week how many times you fought with your husband?"

huh. wo. terpana seketika dengar soalan dari colleague aku dari Hydrabad tu. selamba je aku jawab "I cannot count it" sambung makan. 

"he asks you because you are too soft and very nice.." seorang lagi menambah
"yeah. and you talk less" eh eh. korang memang sepakat nak puji ke macam mana?

tergelak kecil. 

"we can't avoid arguments in marriage, right? it becomes a regular routine for me (haha), especially on silly things..." 

"...even though I look soft in front of you guys, that doesn't mean I didn't have any argument at home. the closest person will see our bad side" 

-

(with my husband)

"ok" 
jawab aku selepas mendengar kenyataan dia. selang beberapa saat..

"tak nak tanya ke I ok ke tak?"
padahal aku dah sebut 'ok' pun sebelumnya

tak lama suami pun tanya.. "you ok?"

"you rasa I ok ke?"
suami I jammed.

aduh. complicated teruk keperempuanan aku ni. 

-

begitulah kehidupan rumahtangga, untuk lima tahun pertama ni - aku masih lagi degil ya tagihkan 'pujukan' walaupun hakikatnya seorang lelaki tak dapat signal yang kita nak dia pujuk. jadi kita terus terang sahajalah selalunya..

"cepatlah pujuk" 
"takkan nak biar je I ni"
"you dah sakitkan hati I"
yada..yada..pelbagai lagi drama.

dia jadi semakin kelakar bila kita terus terang, lepastu kita akan jadi auto okay. so basically kita merajuk, kita yang akan ok sendiri. apa nak buat, kita ni adalah makhluk yang butuhkan perhatian dan kasih sayang.

bak kata this one ustazah; penat dan rugi je merajuk lama-lama, bawa diri, nak tunjuk diri paling terseksa, lelaki takkan pujuk pun (lebih tepat takkan pujuk setiap masa) sudahnya kita yang tak tidur malam, kita yang berlapar.. surely, this routine is not good for the long term.

berterus terang adalah cara yang paling baik. know what lelaki bukan pura-pura tak tahu. diorang memang tak tahuuu! just tell them.

haa. ini bukanlah masalah serasi ke tak serasi. sebab mana-mana pasangan pun akan bertembung dalam hal keserasian ni. lelaki dan perempuan memang jauh sifatnya. jadi pertembungan akan sering berlaku. dulu aku terfikir juga, bila ada masalah tak sependapat ni tak sekufu ke? sebab yang aku tahu sekufu tu sama taraf pemikiran antara suami dan isteri. hah kalau tak sependapat tak sama cara tu tak sekufu lah kan?

sebenarnya bukan lah gaduh atas sebab dia betul aku salah. bukan juga bertengkar sebab aku baik dia jahat. dalam rumahtangga, isu yang muncul lebih kepada dia betul aku betul atau aku salah dia salah. hah. faham tak? aku betul dengan pendapat aku dan dia juga betul dengan pandangan dia. yang buat gaduh? macam mana nak temukan dua hala yang berbeza ni. haa. 

serasi dan sekufu tu apabila kita dapat menyatukan dua titik perbezaan. dua hala yang bertembung tetapi dapat beriringan. which aku dan dia tak sama channel dan sekufu itulah yang membuatkan kita berdua boleh bersama. haa faham ke? erti kata lain sekufu tu adalah connector antara dua perkara yang berbeza.

gitu.

jadi yang perempuan, janganlah terlalu perempuan yang hanya tahu untuk merajuk
yang lelaki, janganlah terlalu lelaki yang tak boleh menyantuni perasaan dan nurani

bayangkan wanita datang bawa emosi tetapi lelaki datang dengan otak rasionalnya? tak click sungguh.

yang terutama perlu dipastikan agar tiada perbalahan pada tauhidnya, ibadahnya, akhlaknya dan niat dalam berumahtangga. itu biar jelas awal-awal jangan kasi clash sebelum menikah. jika ada rasa 'tidak serasi', selidiklah dahulu keimanan dan ibadah masing-masing, jika masih compang camping, maka perbaikilah dahulu. jika masih belum pasti apakah niat untuk berumahtangga, maka pelajarilah ilmu dan pasakkan niatnya. Insyallah gaduh-gaduh kecil sepanjang perkahwinan selepas2 itu akan terasa keharmonian dan ketertautannya.

baru-baru ni aku ada baca posting tentang anak kecil yang meragam bila dengan ibu. ibu tak ada okay je, bila nampak ibu auto tantrum, auto menangis, auto melekat dan sebagainya. 

why? sebab dia rasa selamat untuk meluahkan setiap perasaan dia apabila disamping ibu. tempat paling tenteram dan paling selamat buat anak adalah disisi ibunya. 

aci tak nak kata tempat selamat untuk aku dan suami juga adalah di sisi masing-masing. well, itu lah yang sepatutnya kan? pasangan adalah pakaian kita, yang menutup segala kejelekan sekaligus yang akan memelihara kita. jadi, terzahirlah segala perangai yang kita cuba tutup tutup daripada terlihat khalayak tuu. sebab? rasa selamat diantara keduanya.

ngee.

"you, you sayang I tak?'

siapa tahu seorang wanita yang membesar dengan penuh kecekalan ini pun rapuh juga apabila melibatkan hal jiwa dan perasaan. duh.

Comments

Popular Posts