hari kami;

dalam setiap takdir, moga Allah berkati dua jiwa yang telah tertaut ini.


momen yang masih segar walaupun sudah dua tahun berlalu :')

ingat lagi, hari aku mula rasakan contraction 15/6/19. baru selang 20 minit rasa sakit dah excited pergi ke hospital 😅 Doc cakap bukaan baru 1cm. kena balik rumah dahulu. malam tu sakit makin mencengkam. tapi masih selang 15 minit. pukul tiga pagi pergi toilet dah keluar tanda. sepanjang malam tu paksa suami teman sebab tengah sakit tapi suami relax je kata 'ye abang teman, abang teman' sambil dia sambung tidur. haha 

esoknya 16/6/19, kurang tidur dan dah tak lalu makan, aku dan suami decide untuk update dan track setiap contraction dalam group whatsapp kami. Doc kata bila sakit dah selang 5 minit baru ke hospital semula. pagi hari masih lagi selang 15 minit..aku masih chill. exercise, jalan, squad dan menonggeng juga untuk membantu pembukaan jalan.. sampai ke petang sakit dah selang 10 minit. waktu ni semua keperluan bersalin dah ready dalam kereta. suami belikan I stock chocolate bars untuk buat energy dan air selasih (orang tua tua kata air ni ikhtiar untuk mudahkan bersalin) kami sediakan je. 

hampir lewat petang masih selang 10 minit tetapi sakitnya makin lama..sekitar dua minit. dan aku semakin cuak. sebab kami rancang mahu ke hospital selepas maghrib. muka aku dah mula pucat sebab seharian menahan sakit. masih chill untuk menghabiskan tilawah sebanyak yang mampu. 

lepas solat maghrib contraction datang setiap 8-9 minit. kami decide untuk ke hospital waktu itu juga memandangkan perjalanan juga akan ambil masa. waktu itu salam peluk ibu minta doa dengan penuh keterujaan (instead of risau dan 'sakit mood') ibu kata, haih jaranglah ibu tengok orang happy2 tengah sakit nak pergi hospital..haha

suami pun punyalah bawa kereta dengan sangat berhemah (perlahan ya amat) iyelah I tak sabar nak ke hospital tapi kalau dia bawa laju aku pun risau makin sakit ke apa kan. tak macam drama ye kena rush ke hospital.. relax walaupun hati dah berkobar-kobar. dalam perjalanan contraction dah kerap 7 minit. dalam hati rasa dah sesuai agaknya sampai hospital waktu ni. 

sampai hospital lenggang shj sebab manatahu masih belum layak admit labour room. so aku masuk seorang dengan buku pink. serah pada nurse dan tunggu untuk di'check'. 
tak lama tu Doc check bukaan dah 6cm (me dalam hati, oh baru 6cm ke. dah sakit sgt ni masih 6cm ke. lol punyalah newbie) so aku pun pasrah kalau dia suruh balik ke apa. 

aku pun bergerak ke kaunter untuk ambil buku, tiba nurse hulur sepasang baju dan kerusi roda. aku diminta salin baju untuk masuk ke labour room. oh wow. tersengih sorang-sorang. sebelum tu aku jumpa dulu suami aku, dia dah sedia di ruang menunggu. dengan bahagia aku kata aku nak masuk labour room dah dia pun sengih lebar (I know both of us seram juga). suami aku pun ambil barang-barang keperluan di dalam kereta sementara aku bersiap untuk ke labour room. 

this is the part yang beyond aku punya kesanggupan. masuk je labour room nurse check bukaan jalan dah 7cm. 3cm lagi sebelum aku boleh meneran. waktu ni sakit dah selang 5 minit.. nurse pasang all the wire dekat perut untuk monitor kekerapan contraction dan aku perlu mengiring. kedudukan ni buat aku makin sakit dan mengerang setiap kali contraction. aku masuk labour room 10pm+ 

tudung aku dah ke mana. Al-Quran yang aku bawa untuk tilawah selang2 contraction pun tak tersentuh. chocolate bar yang aku rancang untuk tambah energy tak sempat nak makan langsung, air selasih? seteguh pun tak dapat minum 😂

contraction semakin kerap kurang dari 5 minit. tak sempat nak berzikir panjang sepanjang kesakitan. bila sakit hilang sekejap, aku hanya sebut 'Allah..Allah..' dan rehat lega sebelum sakit semula. almost dua jam sebegitu. aku jeling jam kat dinding ok please before 12am aku dah boleh bersalin..sampai lah 11.40pm nurse check dah 10cm, dia arahkan aku ke posisi untuk meneran. excited? yes. but dah tak kisah nak cepat habis je sakit ni. Dahsyat ya amat. 

the process took around half an hour. newbie be like. halalkan lah segala cubaan2 meneran yang kelihatan begitu tidak mahir ye. kena sound dengan nurse but who cares aku tengah sakit. sampai tiga orang nurse usaha bantu dengan tolak perut aku. terharu sgt. and yeaaaaaa 12:10am aku selamat lahirkan seorang puteri suci :')

lega. Masyaallah. hilang sakit teruk. tinggal sisa sisa pedih sikit. tak sempat langsung nak toleh apa khabar suami aku kat sebelah sepanjang dalam labour room. huhu. but I'm glad dia sentiasa di sisi sepanjang process :') 

masih segar sayup suara suami aku azankan si kecil.. dan momen aku dapat perhatikan sejenak wajah suami selepas aku melahirkan..beribu makna. momen yang terlalu besar dalam hidup kami. Allahu Akbar walillahilhamd. the day that we born as a parents. 

dan terlaluilah fasa itu sehingga hari ini; genap dua tahun. masyaallah :')

Selamat Ulangtahun yang kedua buat kami ibu dan ayah.
Selamat Ulangtahun yang kedua buat anakanda tersayang. 

dua tahun yang masih bertatih buat kami. 
dua tahun yang masih lagi bertih jagung.
dua tahun yang menceriakan membahagiakan juga padanya setiap ujian dan cabaran. 
pada setiapnya juga aku syukurkan. 

sudah pasti Allah telah menetapkan segala hitam putih takdir buat seseorang anak yang lahir, yang ku khuatiri adalah bagaimanakah persiapan dan kesanggupan orang tua dalam melaksanakan amanah memelihara dan mendidik jiwa yang bak selembar kain putih ini. 

moga Allah sering tuntuni. dalam setiap tutur kata, gerak geri dan bisik hati kami yang bakal mereka (anak-anak) teladani. 


# misi motee moteeah 
# counting; two months more! for another family member insyaallah..💓
# jap I busy sikit bina rumahtangga. ingat mudah ke? 😂 (wait I want to post more about this) kah.

Comments

Popular Posts