upgrade nilai.



 *sambil mem-baking, tiba tiba mil masuk ke ruang kecil aku*

"amie, amie nak beli apa-apa ke barang utk baking?"

"hm..buat masa ni mcm xde lagi, semua cukup mak"

"mak ada peruntukkan sikit untuk amie, ikutlah, nak beli peralatan barang dapur ke buat modal bisnes ke.."

"eh mak.."

belum sempat reply lagi mak dah potong,
"tak adalah, bulan-bulan memang mak peruntukkan sikit untuk anak-anak (yang dah kahwin pun), skrg ni giliran amie pula" 

faham sgt mil memang suka sangat memberi dan berkongsi, bukan segan tapi berbesar hati meraikan dan hormat sungguh dengan akhlak mil :')

-

antara yang aku syukurkan sehingga ke saat ini adalah dihadiahkan sebuah keluarga mertua yang sangat sahl (mudah) dan qudwah hasanah (contoh teladan yang baik).

suka sangat bila mil mula buka cerita pengalaman hidup. tahu, mil tak cerita saja-saja. kongsi sebab bermanfaat untuk perjalanan hidup anak-anak menantu (especially untuk seorang amirah).

"bila kita faham tarbiyah dengan sebenar-benarnya, kita takkan terikut berkejar-kejar dengan kehidupan material dan pandangan orang. kita tahu apa priority dan ada prinsip dalam keluarga"

benar, mudahnya terumbang-ambing dengan tanggapan manusia; baik tentang rumahtangga, kerjaya, anak, harta benda dan semua yang dilihat secara zahir. Walhal jarang sekali tanggapan-tanggapan manusia itu mahu menilai dari segi batin yang jauh lebih penting dalam hidup.

"penting sangat untuk jaga kesejahteraan mental dan fikiran lagi lagi zaman sekarang, walaupun zaman mak pun ada juga cabarannya, tetapi sangat berbeza dengan sekarang, hampir semua melibatkan tekanan pada fikiran"

benar juga, ada waktu sampai tertekan hanya sebab nak memenuhi kehendak dan tanggapan orang lain, sedang itu bukanlah suatu kewajipan pun.

"slowly je amie, it takes time"

:')
antara perkara besar aku belajar dalam perkahwinan adalah prinsip 'bataskan kehendak' dalam apa juga segi. it's a new norma for me, tapi jauh sudut hati aku rasakan prinsip itu bagus buat ibu bapa dalam mendidik anak-anak zaman sekarang dan terutama untuk didik diri aku sendiri juga yang hanyut dalam kehendak zahiriyyah. walaupun penat menahan hati (nafsu) ku gigihkan juga istighfar buat pelembut hati :')

"Maka kalau sekiranya kita perturutkan sahaja kehendak nafsu, tidak kita beri batas perjalanannya supaya sederhana, tidaklah perjalanan nafsu itu akan berhujung. Pada hal jika kita terima sahaja apa yang ada, kita sabar dan tahan hati, kita berusaha hanya menghindarkan pengangguran di dalam hidup, maka nafsu itu akan menerima berapa pun yang ada." Buya Hamka, Falsafah Hidup.
tak mudah.
tidak juga aku paksakan. 
cuma bertatih.
hingga jadi amalan. 

Insyaallah.

Comments

Popular Posts