bahagia memberi - bahagia menerima.


dua jiwa dan satu rasa

 "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan pahala sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti perasaan penerima" Al-Baqarah:264

Menjadi kebiasaan, kita akan menghidangkan sesuatu mengikut selera kita. sesebuah pemberian juga, kita akan memilih yang terbaik di mata kita. Kira, itulah yang paling ikhlas dari hati. 

Selepas memasuki alam perkahwinan, formulanya bukan lagi begitu. Hidangan terenak di tekak kita tidak akan selalu menyelerakan pasangan. Hadiah teristimewa di mata kita, kadangnya bukan pilihan hati mereka. Pilihan terbaik yang kita putuskan, bukan juga yang selalu menyenangkan hati mereka. Berkali-kali juga aku dikirakan 'gagal' dalam memahami situasi begini. untuk menjiwai rasa hati pasangan melebihi daripada apa yang kita ingin atau suka. 

mencabar bukan?

Semestinya kita mahukan perasaan bahagia dan kepuasan apabila memberi, walaupun ia hanyalah sekecil-kecil pemberian. Kali ini sifirnya sudah tidak sama. Kebahagiaan sebenar adalah apabila kita mampu membuat pasangan kita bahagia dengan pilihan-pilihan kita dan pilihan kita itu tidak semata bergantung dengan keinginan dan kesukaan kita, yes? 

sekali lagi, bertatih menjiwai rasa hati pasangan adalah paling utama.

satu lagi formula adalah bahagia apabila menerima. Sekecil-kecil perkara hinggalah atas perkara yang tidak kita senangi. well, how can we expect our partner sentiasa tabur bunga dan emas kan? 
Percayalah, setiap pasangan terlalu inginkan berbakti dan mempamerkan kasih sayang, cuma ada masa caranya berbeza dari apa yang kita ingin atau harapkan. Tetapi itu sedikit tidak mencemarkan niat murni untuk memberi kebahagian kepada pasangan. Tidak salah untuk kita meraikan dan bahagia juga dalam menerima.

ini jauh lebih mencabar kan?

(on a side note; bersyukurlah seorang Amirah dikurniakan seorang suami yang benar-benar sahl (mudah), segala hal selagi boleh dimudahkan, jangan sesekali disusahkan. Sungguh Amirah lah selalu terlebih gigih nak kejar bulan & bintang tetapi Qurratu Ain bagi suami bukan di sana 😭 #Prayforme)


Kita membina rumah dengan apa yang kita terima tetapi kita membina rumah tangga dengan apa yang kita berikan ❤


mereka kata, bila hidup selalu bersama, rasa hati akan jadi sama? 
moga lebih banyak tahun Tuhan kurniakan untuk kita,
biar benar saling menjadi sakeenah, 
untuk kehidupan di sini, 
dan di sana, 



Comments

Popular Posts