fihifzih.

up sikit gambar boyfie kita waktu kurus dan macho. eh. 😜


(random topik waktu dapat date berdua)

him:    you, tahu tak dulu kenapa I start tertarik & suka you? 

me :    haaa. ni mesti 'benda' tu dah tak ada pada diri I sekarang kan?? 

him:    betul. haha

me :    apa dia?

him:    penulisan blog.

me :    haha agak jugak xD tapi penulisan I tkdelah berisi sgt..

him:    nope, bukan sebab ilmiah ke apa. tapi sebab penulisan beremosi. I suka baca.

me:    haaa. nak tahu tak kenapa I dah jarang update blog? (well, seorang Amirah memang akan pertegakkan diri dia)

him:   *angkat kening tanya*

me :    sebab...mostly penulisan I tentang apa yang berlaku kat sekeliling I dan apa yang I rasa. Dulu, I rasa post blog je cara I boleh rant everything dan pretend to be strong again in real life. but after kahwin semuanya I dah share dengan you everyday, semua emosi dapat salurkan direct dekat you. so tak ada rasa nak post apa-apa.

him:    agak jugak. dah dah dah! cukup lah emosi you je direct setiap hari kat I. itu pun dah berat dah rasanya! tak payah tulis blog. xD

-

Dengan niat menjadi Qurratu a'yun, maka kita usahakan lah post yang dinanti-nanti oleh sang suami. haha (sambil korek korek draft2 penulisan yang tersimpan dalam folder)

-

Bismillahi Alhamdulillah.
saja meninggalkan jejak di sini buat kenangan akan datang.

bermula buku baru. 2021 - awal tahun menyambut khabar indah si kecil suci, diam di sudut dalam dan setia menemani. 

terpaksa menghadkan setiap aktiviti. journey kali ini benar-benar menguji. especially selera makan, nikmat makan hanya terbatas di lidah. sampai ke tekak semuanya memualkan. perut langsung tidak boleh terima sepinggan nasi, hanya beberapa suap mampu ditelan. mengada juga rasa. tapi alhamdulillah alahan ini juga nikmat :) 

ah tersangat lain macam tak dapat aktif sebab badan hanya nak baring dan lelapkan mata. setiap masa. RIP untuk kerja-kerja rumah yang terbantut. huhu. 


me:     this is not me lah. dari 1 yr before kahwin perlahan-lahan terserlah I punya 'ngada2' side. kejap-kejap infection, cramp, miscarriage, itu ini ada je part part nya. 

him:    *forever my listener* xD 
him:    i knew you as independent woman tho. 

me :    kan. (i don't know la dia upset or what, sejak kahwin, I proudly say yang I terlalu clingy and too dependent. haha) 

me :    one thing I sure, if I masih dgn independent punya kepala, I sure sikit/banyak it will effects us lah. (erti kata lain, bagi chance somebody take incharge of me, ewah *gila susah nak jaga aku*)


(not merungut of course, akui yang Allah berhak beri dan ambil setiap kekuatan dan kelemahan. andaipun dari zaman egypt aku tak reti duduk diam, apalah milik aku, semuanya Allah yang beri. andaipun zaman brunei perform serba serbi, semestinya segalanya bukan bergantung pada usaha aku, tetapi mutlak milik Allah, kan?)

jadi, no right untuk aku bandingkan atau samakan aku dengan yang dulu. it's totally different. surely, I am not losing myself. but adapting and accepting a new me.

kekuatan dan kelemahan yang kita pandang tak sama dengan hikmah dan asbab dariNya. lemah yang kita rasa sebenarnya hadiah dan nikmat. kan?

menikmati dan mensyukuri setiapnya.

-

masih bertatih membina kemampuan, hari hari cuak nak mengharungi cabaran seterusnya as a wife and a mum (the struggle is really real ya gais) struggle struggle juga, tapi tak sabar juga menanti si kecil sorang lagi. eheheee. can't wait. Allahu Akbar.

oh ya, amik chance nak credit sang suami saya sebab sentiasa menjadi pendengar, penasihat, pendorong semangat dan peneman setia. (lain-lain credit dan doa I simpan khusus ya)

sekian, cubaan post untuk tahun ini. ahaha. 

Comments

Popular Posts