emo-si motee'ah

emosi; perlu difahami dan perlu ditangani.


masih ingat perbualan lalu; 

me :    perempuan ni, dia nak didengar dan diback-up, kalau salah pun iyakan je, tengah argue macam mana pun, women are always right. (tak berapa ingt why aku cakap mcm ni, yang pasti tengah baca posting di twitter dan terus suarakan)

him:    mana boleh. tak adil lah macam tu. kalau betul, betul. kalau dah salah tu, salah lah. (strongly disagree dgn my statement)

somehow, waktu tu terdetik; mencabar dan sangat berguna prinsip suami tu supaya aku tak jadi wanita yang semakin manja. well, ingatkan zaman single dah 'sangat perempuan', rupanya bila masuk alam perkahwinan emosi ini lagi 'terlalu perempuan' ya. tagihkan emosi untuk didengar dan diberi perhatian.

Allah.

Sungguh, sedar bahawa emosi bukan datang dari satu hala. Iya datang dari sudut dalam diri kita dan bersumberkan yang haq dan batil. Emosi bergantung dengan apa yang kita rasa, lihat, dengar dan kebanyakannya melalui apa yang kita sangka. Sangka-sangka manusiawi kita juga banyaknya meleset jauh dari yang haq.

Fuh! sebelum nikah dulu, rasa emosi dah cukup terdidik (bila berdepan dengan perangai rakan-rakan dan karenah kenalan). Tetapi selepas nikah, untuk menghadapi 'seorang jiwa' memerlukan pertatihan semula dalam mendidik emosi. baik bagi suami mahupun isteri. dua-dua bakal melalui fasa ini. 

isteri; pertegakkanlah emosi sejauh mana.
suami; perjuangkanlah fakta sehebat mana. 

jika tidak saling menerima, memahami dan memaafkan, tidak berpenghujunglah kisah.

Aku percaya, tidak semua emosi perlu dibelai, ada masa perlu dididik. emosi kita juga layak bertuhan. layak patuh pada syariat. layak mengamalkan sifat-sifat hati yang mahmudah. 
Jadi, benarlah, jika hati tersilap beremosi, izinkan ditegur dan usahalah mendidik emosi kembali. 

Teringat pula perkongsian Pak Uteh tempoh hari, mengenai tahap komunikasi antara suami dan isteri; 

Tahap 1 - Perbualan Kosong (perbualan mengenai apa yang ada di sekeliling. contoh: "mendung ya cuaca skrg")

Tahap 2 - Perbualan Fakta (menyatakan fakta tentang diri, pasangan dan lain2. contoh: "saya laparlah, ada restoren baru buka tau")

Tahap 3 - Perbualan Pandangan (bertukar pandangan sesama pasangan. contoh: "oh tak mahulah cuba restoren baru itu, saya nak makan kat restoren biasa tu je")

Tahap 4 - Perbualan Perasaan dan Kehendak (bertukar keinginan dan perasaan. contoh: "haa boleh juga saya teringin nak makan lamb chop tu. awak ingat tau, tak boleh minum coffee kat sana, bahaya untuk kesihatan" 

Tahap 5 - Perbualan Kehendak Allah (membincangkan tentang syariat Allah. contoh: "kita pergi selepas maghrib dan selesaikan bacaan tilawah kita dulu ya"

kejarlah hubungan rumahtangga yang terisi dengan komunikasi sehingga tahap ke 5, jauh mana pun kita berbincang tentang urusan fakta, pandangan, emosi dan keinginan, dihujungnya terlerai hanya dengan pilihan yang Allah redha. Tertaut dua hati kembali dengan kehendakNya.

Akhirnya, perbaikilah diri kita dengan keyakinan kepada Allah dan menambah ilmu pengetahuan yang bermanfaat agar terbentuk bicara emosi yang mengikut syariat :')


-


misi motee' motee'ah masih panjang masih jauh 💘

Comments

Popular Posts