manis.

hajat dihati ingin menyata khabar. dalam rahmatNya insyaAllah.
manis.


terkejut dengan fi'il diri sendiri kebelakangan ini. oh adakah sebab 'pembawakan' atau secara alaminya aku tersangatlah manja? mungkin untuk kedua-duanya. segala asbab yang aku rasakan menjadi punca 'terux' aku betul-betul tolak tepi.

i said: 'everytime i sedih dia akan sedih jugak, i stress dia pun stress jugak, you happykan lah i, boleh?'
kind of. walaupun dia bukanlah antara asbab. tapi heret sekali sebab who else. ngee.

pembawakan dan pembentukan.
fasa aku mendidik emosi aku dan emosi si kecil juga. susah T.T untuk maintain positif dalam sensitif. untuk kekal tenang dalam tekanan. walhal tak jumpa pun asbab utama tekanan? lebih risaukan emosi si kecil, huhu.

i said: 'mungkin Allah dah tiupkan ruh dalam ni, dan i jadi cengeng tanpa sebab?'
may be. apa pun, itu bukan tiket nak jadi lemah.

"amie, boleh kte tahu khabar baby?"
"amie, kongsilah cerita happy awk"
"amie, kita kan dah macam keluarga, kenapa diam je?"

terima kasih hadir. terima kasih ingin berkongsi cerita. insyaallah segalanya baik-baik sahaja :')

ada banyak cerita manis cuma nikmatnya belum puas disyukurkan jadi cuba simpan dahulu. ada banyak kisah tangis cuma bebannya belum puas ngadu padaNya dan belum puas bersabar. segan bercerita indah namun hilang syukurnya, malu meluah resah namun paling sikit sabarnya.

tak apalah cengeng untuk merawat hati, tangisan bukan melemahkan, itu adalah wasilah, ditahan-tahan hingga membuku, bawa penyakit lain pula :)
ada orang kata ketawa tu bawa kepada kehidupan yang sihat, tapi tak pula aku rasa macam tu, yang banyak bawa ketenangan adalah tangisan. tak ke? tenang leads to hidup sihat? senyum sikit.

tak apalah cengeng sekarang, nanti si kecil wujud suci kita senyum puas-puas. ada asbab kenapa Allah angkat ibu mengandung beberapa derajat. diulang-ulang ayat berkaitan pengorbanannya. Alhamdulillahi wa Astaghfirullah. kalau begitu tak salahkan merasai manisnya dugaan dan cabaran dalam tempoh ini? sebab nanti hadiahnya terlalu lumayan.

tak apalah cengeng sekarang, Saidina Umar pun kata, kalau kita berpatah arah dan memulakan perjalanan baru, kita bukanlah lari dari takdir Allah, pergilah ke mana-mana pun, patah harap, patah sayap, kembali memilih, kembali berjuang, kita masih didalam takdir Allah juga :') mengapa risau?

tak apalah cengeng sementara, masih ada kamu dan kamu yang setia hulurkan sepotong doa, terbayang wajah ketika habis solat pun sudah sangat-sangat mencukupi. juga orang tua yang pasti tidak putus doa, doa mereka makbul kerana derajat dan pengorbanan yang tiada belah bahagi, kelak nanti doa aku juga begitu, cuma, sejauh mana pengorbanan yang aku sanggupi? :')

manis.
ada yang lebih manis daripada ketenangan hati? qul Alhamdulillah.

~

duhai
kelak kau wujud suci
menanti belai tangan kami
menuntut kasih tiada berbagi
tagih bekalan rohani
sucimu amanah kami

duhai
kelak kau wujud suci
namun belaian yang ku impi
tidak pula suci tangan ini
bekalanmu yang ku isi
tidak pula cukup buat diri

duhai
kelak kau wujud suci
ada pelukan hangat kami
usapan dan pujukan hati
usah kau bimbangi
sucimu amanah kami

duhai
kelak kau wujud suci
doalah keampunan buat kami
agar sentiasa dirahmati
belum punya jiwa murni
mahu dititip amanah ini

Ya Rabbi,
hab lana min ladunka zurriyatan toyyibah
innaka samii'u ad-du'a.

~

satu rasa; sayang.

bukankah apabila kita terlalu ingin memiliki sesuatu, yang terbaik untuk kita adalah membayangkan jika nikmat itu ditarik semula daripada kita?

sakit? kecewa? sedih?

Allahu, wal'iyaz billahi wahdah.
semoga hati sentiasa punya dua sayap; harap dan takut. dan moga keindahan yang benar kelak milik kita di syurga :')

Comments

Popular Posts