touche

nikmat? moga Dia jaga :')

bertahun lama mengenal hati jiwa
retak berjuta tetap satu semula
ku putus kata hidup tanpa kamu
bukan yang ku mahu

#nowlistening Menang - FT

~

hari ini - hari penuh emosi. emosi yang bagaimana? emosi yang ku lihat barakah padanya. Subhanallah. Ya Rabb, berkati kami dan mereka.

teringat dinner semalam,

"you, sayang kat I tak?" Ust Z pandang isteri dia sambil tersenyum sengaja nak mengusik. dan Dr R malu-malu nak pandang, sambil "haa. apa da tanya soalan" macam biasa, Dr R lebih macho dalam cover hal-hal ni. lagi lagi aku dan kawan tengah duduk di antara diorg. adeh.

tapi aku rasa something lain, soalan tu bukan sengaja. Dr R pun bukan sengaja untuk tunduk pandang bawah je. diorg serious. mata Dr R dah bergenang. oGod. aku nak lari sebab taknak saksikan momen tu sebab aku pun rapuh jugak. aku? sepi.

pagi tadi,

"you know, I opposed that idea berbulan-bulan tau, but dah tak ada option lain"

korban - yang tak semua orang kuat nak hadap.

aku rasa kena ketuk bertubi-tubi. anak, isteri, suami, harta, masa, semuanya ujian, bila kau rela semua tu diuji dan kau sabar, kau berserah pada Allah, kau akan menang di sisi Allah. dan mereka pilih laluan tu, laluan yang menguji jiwa mereka. aku? crying inside.

dan bila kau terlihat seorang mak meluah tangis sendirian dalam bilik anak. aku luluh sungguh.

terlalu emosi - emosi yang berkah.

am I that strong?
pernah suatu waktu tu I cakap dengan husband, 'you know I impressed sgt dengan satu family ni, I rasa mereka antara contoh keluarga terbaik, banyak I belajar dari diorg'

and now, I baru pisah sementara dengan my husband (highlight: 1 WEEK ONLY!) dah meleleh kat airport dan sumbang airmata kat bantal tiap malam. heyy. (strong wife to be okay!) 

Allahu. long way to go :')

~

sesuatu yang akan pasti
semesti kita ternanti
meski tersering berat hati
terlalui pisah dan mati

kata kasih jangan pergi
sayang bukan milik lagi
biar jiwa dilepas tinggi
kelak tiba harum setanggi

tolak tarik sekerap kali
setia juga akur kembali
hilang jumpa tak bertali
sedia aku kau disusuli

moga diberkahi.

~

jangan bimbang
ku sediakan semua kau takkan hilang arah
jangan bimbang
ku kan jadi yang terbaik untukmu

sedia ku terima dirimu seadanya
setia menjagamu untuk selamanya
sedia ku diduga ku berani kerana
telah ku menang kamu 


Comments

Popular Posts