nikmat syurga.

grow stronger.
11/08/2018-13/08/2018
singkat yang berharga :')


tidak sedih berlebihan,
cuma air mata mengekspresi rasa.
tidak perih kesakitan,
cuma menikmati sedikitnya luka.

alah, sekali sakala dijentik Tuhan,
seboleh-boleh cuba bertahan.

hm?
seronok untuk seperkara:
semalam aku baru coretkan:
'Oh Tuhan, biar nikmat ini
bawa aku dekat padaMu'
hari ini, dengan kasih dan sayangNya
Dia mengambil dia
agar aku dekat padaNya.

indah bukan? coretanku dipeduli.
diberi nikmat, kita syukur satu kali.
ditarik nikmat? kita sabar berkali-kali, ya?

hari tu coret juga "Strong Mommy to be"
siapa lagi yang mengetahui
Dia menjawabku lalu menguji
kau mahu kuat? untukmu ini.

ku titip juga sedalam kalbu
'Oh Tuhan, peliharanya
dengan sebaik-baik peliharaanMu'
hari ini, belum layak untukku.

kecil.
masih kecil sakit ini
belum harus ku meratapi
aneh, aneh sekali
Dia memberi
lagak aku yang memiliki.

Tuhan masih rindu
pada jiwa perindumu
Tuhan masih nanti
pada tangis pintamu
Tuhan masih setia
pada rintih syahdumu
Tuhan masih dekat
pada urat lehermu.

Alhamdulillah 'ala nikmati hadza.

~

*tengah duduk tunggu doc kat hospital*
"abang rindu baby dawud.." air mata dia mula mengalir.

terima kasih kerana terlalu kuat untuk ana.
terima kasih kerana izinkan ana lepas tangis semahunya.
terima kasih, kekasih.

"abang, abang rasa tak ujian ni sangat refresh hubungan kita?"
"sangat sangat refreshing"

:')

dear baby dawud, terima kasih untuk dua hari indah.

Comments

Popular Posts