menang kecil.

menanti beyt sakeenah kita ;)

dengan namaNya yang mengurai perasaan dengan seindah uraian kedamaian dan kehangatan. tersenyum sendiri mengingati detik permulaan sehingga hari kemenangan. namun, perjalanan ini belum tiba pada pengakhiran. hanya dua jiwa yang berani patuh pada penyatuan. amanah dari Ilahi sebagai perjanjian.

hanya kemenangan kecil.
dan aku terbayang kemenangan-kemenangan yang lebih besar daripada ini. bagaimana rasanya menjadi muhibbul Quran yang sejati? bagaimana rasanya menikmati halawatul Ibadah? bagaimana rasanya menjadi Muttaqun di dalam keramaian mahupun di dalam sunyi? bagaimana merasai jiwa sebagai seorang Mukhlisin sepanjang hayat? dan... bagaimanakah rasanya apabila menang pada hari pengadilan nanti?

teringin menjadi orang-orang yang menang :')
namun sekarang ini, mendidik sabar di dalam mehnah kecil, sudah begitu mencabar. pernah juga merasa 'dongeng'nya hidup sebegini. dongengnya untuk dapatkan kemenangan-kemenangan besar itu, kerana realiti hidup terlalu jauh untuk faham erti pengorbanan.

"Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu, serta tetaplah bersiap-siaga (di perbatasan negerimu) di samping bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung" [3:200]

dan bila nanti Allah mengizinkan untuk memaknai erti pengorbanan, moga ketika itu, kebergantungan padaNya tidak hilang, kesyukuran tidak berkurang, pengharapan terus berpanjang.

kerana, dengan hadirnya kemenangan kecil, aku sudah mula rindu pada jiwa penantian, menanti dengan penuh rendah hati, menanti dengan dahi mencium bumi, menanti dengan doa ketika sunyi. moga jiwa menang tidak membawa aku lupa arah Tuhan. yang semestinya adalah tunjang segala perjalanan.

maka, untuk episod seterusnya, moga kekal hamba bertuhan :')
dan mahu menang di mata Tuhan.

"Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu dan dengarlah serta taatlah, dan infakkanlah harta yang baik untuk dirimu. Ingatlah sesiapa yang dipelihara dirinya daripada tabiat bakhilnya, maka merekalah orang yang berjaya" [64:16] 


(30/12/17-30/1/18)
satu bulan.
menjemput berkah.





















-

_nakal side_










dulu I saved nama dia as 'Emo Guy' (sebelum I tahu siapa pemilik nombor ni). haa. sebab dia emo semacam bila I reply "nak call sesaje pun xpe" (gedik) punyalah I husnudzon itu nombor akhawat (sebab akhawat selalu didik I bersangka baik bila ada akhawat lain nak bertaaruf). I call lah semula.

rupanya this Emo Guy reply text bagitahu dia lelaki. then I terus tak reply langsung.
dan sekarang.. nombor ni kekal je dalam phone I, cuma dah tukar nama elok/sopan sikit. ngee.

4yrs back.
now, emo guy dah jadi Mira's Man. 

_done nakal_

Comments

Popular Posts