motee'ah

8 years and still counting (i left my bag in Brunei) pergh.

fatrah demi fatrah.

menyaksikan perubahan yang kita tak pernah pun bayangkan. tak pernah pun nak ungkap satu-satu, tapi cukup dengan menikmati momen momen 'baru dan asing' yang insyaallah bawa barakah. biar terus tersimpan kemas.

pengalaman itu 'extra' untuk kita maju setapak dari orang lain, tetapi ilmu yang membuat kita terus yakin dengan setiap langkah kita. menjadikan kehidupan sebagai sebuah sekolah, tak perlu mendaftar mana-mana agensi untuk memulakan pengajian. merasakan yang setiap babak adalah peluang dan hadiah untuk kita ke perhentian seterusnya.

"amirah, dalam fatrah apa sekarang?" 
"hm? motee'ah. kot" 

~

"amirah, I nak minta tolong"

dan itu pertama kali aku keluar makan dengan dia. dia menceritakan segala bebanan yang dia rasakan. waktu itu, umur kami lebih kurang dan pastinya masih belasan. selepas mendengar kenyataan-kenyataan dari dia, aku cuma berdiam. tak tahu riaksi yang sepatutnya, aku kasihan dan takjub.

semuda ini dan seawal ini, saat aku masih menikmati dunia remaja acah dewasa untuk berhibur sana sini, dan dia dah berada pada fasa yang lebih jauh.

waktu itu, aku temankan dia pergi ke sebuah kawasan perumahan, berulang kali aku lalu pada rumah yang sama dan pusing banyak kali. aku masih ingat, setiap kali itu dia akan tercari-cari sesuatu pada rumah tu sambil menyorok pada belakang kerusi kereta. sepanjang tu juga, dia menangis.

kau tahu dia cari apa? anak dia yang dah berbulan-bulan tak jumpa.

sejak tu aku makin rapat dengan dia. dia selalu minta aku kongsikan cerita-cerita yang menginspirasikan. tempat bertukar cerita, curhat, tangis dan saling berbagi nasihat. sejak tu aku dan dia semakin rajin membaca dan suka berkongsi ilmu. pada aku, itu sahaja yang aku mampu bantu sebagai seorang kawan. walaupun aku tak mampu meringankan beban dia, aku tak nak dia putus harap dengan Tuhan. sejak tu jugak, aku lebih semangat untuk perbaiki diri aku. dia meminta aku inspirasi, sedangkan dialah yang sedang menjadi inspirasi untuk aku.

ada satu malam tu, aku dan dia dijemput ke sebuah perkongsian. tanpa kami tahu, penyampai-penyampai dalam talk itu semua adalah single mother yang berjaya. diorang berkumpul untuk menginspirasikan wanita-wanita lain. small circle, aku dan dia ditakdirkan ada pada malam tu. kau tahu aku rasa apa? sumpah banjir. malam tu dia nangis sepuasnya dengan 'aunty-aunty' penyampai tu sebab diorang melalui benda yang sama! urus diri urus anak urus kerjaya tanpa lelaki.

aku takjub dengan susunan Allah.
aku tak dapat bayang untuk sekuat tu.

semoga Allah melapangkan kehidupan mereka di dunia dan di akhirat.

-

ada satu waktu tu, aku ada study group dengan classmates dekat pukul 10 mlm. ada seorang classmate aku datang lewat dengan mata berbekas merah.

dia masuk dan kata,
"aku nak nangis sekejap" 

"kau okay ke?" 

sambil menangis dia jawab,
"aku tinggalkan anak-anak aku menangis kat rumah masa aku nak gerak sini"

perasaan dan pengorbanan.
kehidupan selalu buat aku terdiam.
Allahu Akbar.

-

pernah beberapa malam dulu-dulu, aku akan tidur lewat sebab perlu temankan seseorang ni. tak ada apa pun pengorbanan aku setakat tunggu dia lelap dulu. tak ada hal sangat. tetapi ada banyak perkara yang buat aku kagum: dia sentiasa berani atas setiap pilihan dia. walaupun pilihan tu menuntut dia menangis setiap malam. dia akan terjaga banyak kali dari tidur dan..

sama ada dia minta aku peluk dia atau minta ambilkan baju baby untuk dia redakan kerinduan.

weh. that struggle. aku kekadang ter-join nangis sekali.


~

every next level in your life will demand a different you, no?

masih struggle untuk menjadi motee'ah dengan membawa perasaan sebagai seorang wanita yang (kompleks gila) bak kata kawan aku, kenapa perempuan ni selalu ada that 'unsettled feeling' meh. ke lelaki gitu jugak? oh ya mohon lah kita mampu memperlahankan gerak rasa hati ni dengan zikrullah. ya?

sekarang, aku boleh relate kenapa ada tajuk movie Ketika Cinta Bertasbih. luls. sebab cinta tu sifat dia laju dan pantas. uncontrolled. maka, berzikir adalah cara yang paling efisyen untuk menstabilkannya. harmoni dan tenang. tak ke. ok random.

semoga Allah meleraikan segala simpulan yang menyesakkan dada. ujian sentiasa ada. tetapi keyakinan, tak selalu ada. biar menangis di sini dan tertawa di sana. ya?

hm?



kalau dirimu seorang yang penyayang
benci tidak sesekali terbayang

kalau dirimu seorang yang patriotik
jambangan bakti berbunga cantik

kalau dirimu seorang yang tegas
pendirian takkan dilemahkan agas

kalau dirimu seorang yang berhemah
tiada gangguan diluar rumah

kalau dirimu seorang yang prihatin
sikap ambil berat menjadi rutin

kalau dirimu seorang yang cekal
sesekali tidak keputusan akal

kalau dirimu seorang yang bijaksana
kepada masyarakat memberi guna

kalau dirimu seorang yang pemurah
ikhlas hati budi dicurah

kalau dirimu seorang yang taat
ingat kepada-Nya setiap saat. 

-gurindam bisikan hati-

moga motee' dan motee'ah.

Comments

Popular Posts