sederhana

bintang hati.

2012.
room-mate: mira, nak follow twitter boleh? 
me: boleh, tapi kena dengar dulu lagu 'will you hate me'

(acah hotsetak)

~

kau tahu?
dunia semakin menyeramkan.

tidak surut kepala bertegang urat, satu-satu disinggah mudarat. selepas ditarik nikmat tenang, nikmat khusyu pula hilang. tidak lagi terasa manis ibadah, yang tahu hanya lari dari lelah. belum dibina pahala amalan khusus, masih sibuk mengukuhkan dosa-dosa khusus. sudahnya, dosa itu jelaslah dosa, iman itu, sudah benar-benarkah iman?
What if you knew about all that I do?
Things that I think,
The me that is true.
Would you call me a hypocrite?
Call me a liar?
Would you curse out my name?
Would you damn me to fire?
Would you know what to say?
Or would you just walk away?
pernah dulu, niat jahat nak baca diari seseorang yang aku sayang, aku nak dia jalan kat sisi aku, tolong aku, bantu aku untuk kuat, aku nak dia sehaluan dengan aku. tapi aku tak kenal dia. dan dalam tu, tertulis: "sederhana di hadapan Tuhan"

sejak tu aku tahu, manusia yang bertopeng amal kebaikan tak perlu nak bangga dengan diri dia padahal dalam diam mengukuhkan dosa-dosa khusus. ramai orang lain yang bertopeng kekurangan dah mula membina amalan khusus untuk Tuhan dan tak perlu untuk hebah pada siapa pun. tak ada siapa boleh nilai baik buruk seseorang, apalagi usaha orang lain nak kejar Tuhan.

dengan sederhana, sehingga..
ada detik-detik kebahagian nanti yang membuat diri bernilai, ada detik-detik tawa nanti menjadikan diri semakin bertakwa, ada detik-detik keceriaan nanti yang membawa kebaikan dan ada detik-detik keriangan nanti melahirkan keberkatan.


"mari, saya ajar khususkan hati untuk Tuhan" -murobbi

:')

mencari jalan ketenangan, bukan?
sederhanalah di hadapan Tuhan.

~

"pilihlah teman sebelum memilih jalan, sebelum berangkat siapkan bekalan"
-Qabasun Min Nuri Muhammad-

jika air diserap ke langit menjadi awan,
maka ku bisikkan kata-kata rindu menujuNya,
bila nanti sarat awan mencurahkan hujan,
bertaburan sama rindu membenih cintaNya.




teman saya sampai syurga, ya?

Comments

Popular Posts