izdadul-kheir

empire beach, nbd.


jemu lemah untuk seketika
apalagi menyerah sementara
tiada akan kekal lama
esok lusa berserah juga

kelmarin pun sudah beralah
segerakan mencari Ilah
hilangkan pendaman lelah
mengapa masih mengalah?


~

nikmatnya kuat! 

"enti kan selama ni jadi badang kita semua"
"banyak dah tak boleh itu dan ini"

dan serupa itu.

dia kata; ada jauh, tapi jauh yang menjaga antara satu sama lain. ada dekat, tapi dekat yang bercerai-berai dan tidak menghiraukan. 

rahsia-Nya penuh hikmah. mungkin sebab itu dihidang dengan topik keberkatan hari ni. berkat bukan hanya ketika senang, malah ketika susah pun, ada berkatnya. tak semua perkara mudah itu bawa kebaikan. perlu juga sesekali nikmati susah, sakit dan kekurangan, terasa lagi banyak kebaikan dan kebahagiaan yang datang. cumanya jangan pernah sangka buruk dengan Tuhan.

ada kuat tapi kuat yang mahu dilihat hebat dimata orang. ada lemah tapi mana tahu, lemah itu yang lebih mengagungkan kebesaran Tuhan.


terkilan? semestinya.
terkilan, bila tak mampu pun nak penuhi keperluan orang.
bila selalunya kau lah yang terawal, tetapi sekarang menawarkan juga tidak dapat.

betapa rasa kuat fizikal itu memainkan peranan besar, supaya rohani dan akal tak selamanya lemau.
like now? T.T

jika. kuat semula nanti, pecutlah laju lagi :)


not badang anymore.
but menjemput berkah for sure.

~

"Sekiranya penduduk-penduduk negeri itu beriman dan bertakwa, pasti Kami bukakan mereka pintu-pintu keberkatan dari langit dan bumi. Namun mereka mendustakan ayat-ayat Kami itu. Maka Kami menyeksa mereka kerana perbuatan mereka itu." [Al-A'raf:96]



duhai perjalanan,
luruslah tanpa merosakkan,
dan teruslah dalam ketaatan.

Comments

Popular Posts