cuti cny.

(aku terbuat laporan harian kalini)
lokasi: Kg Ayer, Brunei Darussalam.

cuti ke? eh mestilah.
semangat buat to do list untuk tiga hari cuti. acah nak jadi pelajar mithali sem ini. nak siapkan esaimen, research, muqarrar hafazan, nota-nota. alahai rajin kan! dengan penuh bangga lekat kat meja. lepastu aku terdetik; impossible betul aku nak capai semua tu. ha ha. lepastu pujuk diri; it's okay at least ada lah niyyatt tu. kihkih.

jumaat berlalu dengan riangnya! awal-awal dah semangat kejar target, sampai ke tengah hari tu mood sayu pasal call atok abah yang kat airport dah nak boarding untuk gi Umrah. i is kenot. rindu atokabah. rindu Baitullah. rindu Makkah. dan rindu Saudi. dah cecah tiga tahun tak balik sana. sayu sayu macam tu mood mengidam ice cream pun mencelah. grr. kena pulak baru je nak lelap qailulah (atau kaithurah) housemates ajak makan ice cream. i was likeeeee: nak ikutt! dan berjimba. Allahu. balik malam tu, pasrah je kerja-kerja tenung aku. eii. scary.


sabtu; awal pagi lagi dah janji dengan SAP students dari malaysia plus malaysian in unissa plus family dari Kyrgystan untuk round bandar. aku akan balik by Zohor sebab... (sebab tasks aku menimbun lah!)
ya Allah seronok betul! dah lama plan untuk round jalan kaki di bandar (dan sepatutnya malam lagi seronok) tapi siang pun not bad! terus jadi tour guide tanpa tauliah! 8.30 pagi till 2.00 ptg :D (aku je ke yang excited pergi kampung ayer banyak kali? aku je ke yang selalu suka naik bot pusing-pusing tengok kampung? indah tahu!) eheee.

oh. sempat tengok kejap depa sambut chinese new year kat satu satunya tokong di bandar brunei ni.

jejak bilik 2.10 ptg. dua minit lepastu kak fith text. hah! aku tak tahu lah kenapa berani sangat aku pergi terima pelawaan kak fith tu. haha. dah selesai misi dengan kak fith,

tetiba kak fith "akk ingat nak gi empire petang ni"
Allahu. aku taktahulah itu betul betul takdir aku atau ujian semata-semata.

"oh. nak gi sorang lah ni...?"
"akk bagi hint la tuuu"
"yeay! of course la nak!"

sunset kat empire tak pernah menghampakan!

dan kisahnya begitu. begitu takdir (ujian juga) untuk hari sabtu aku.
junior aku sempat lagi nak tanya; kita buat apa je hari ni? aku mampu sokong pertanyaan dia tu dan aku bersyukur betul dengan pilihan-pilihan aku hari ni (pasrah lagi) =D but happy is me!


ahad; okay aku cuba untuk janji pada diri (untuk keluar sekejap je) ya Allah degil ni astaghfirullah. pergi ziarah rumah mak angkat dekat kampung junjungan. dah lah dari buka sem haritu belum ziarah lagi. teheee. tak lama tu...ada text masuk..

lagi sekali aku pun tak tahu macam mana yang aku dah tercegat kat Masjid SOAS (Sultan Omar Ali Saifuddin) dengan sebuah family dari malaysia yang aku tak kenal. hah! ya Allah meriah sungguh hari tu. makan ambuyat lepastu dapat round kampung ayer lagi! aku dah boleh bukak travel agency dah ni. haks!

dan tamat riwayat cuti aku pada jam 8.30malam, hari ahad. esoknya sila sekolah dan pandai-pandai selesaikan homework hang. 'to do list' tu kita bawa ke hujung minggu depan ya. tsk.


sekian si budak yang struggle nak jadi pelajar mithali. haaa! struggle lah sangatt.

-

"Al-Masyghul la yushghal"
orang yang sibuk, jangan disibukkan.

sentap. sebab tak nak jadi orang-orang yang sibuk tu. tak nak ketepikan orang-orang dekat. tak nak tak ada masa untuk orang yang memerlukan. tak nak tak sempat solat jemaah. tak nak tak buka Quran sehari. tak nak egois. tak nak asik sibuk dengan hal yang tak bawa manfaat.

moga Allah ampuni.

# when you feel being an outdoor person is more productive than being in your room.
# how i miss my productive semester break
# how i miss yogya and surakarta and the people
# how i miss mereka yang sifatnya himmah 'aliyyah dan naafi'an lighairihim.
# oh hi. this is my first entry for 2017!

-

moga sering disibukkan dengan perkara-perkara yang membantu akhirat.


kuuni aqwaa ya ukht!

Comments

Popular Posts