tekun dan sabar

di hari pengadilan kelak, tidak mahu berbalah atas urusan yang tidak seharusnya diperbalahkan. mahu fokus berlari ke syurga tanpa tersangkut dek hak-hak yang tidak tertunai antara manusia.
mustahil? 

tetapi tiada yang mustahil bagi Allah bukan? 
moga mudah urusan di sini dan di sana kelak :) 

jadi teman syurga saya? :)


Allah tidak pernah memberati manusia, 
manusialah yang sering memberati dirinya sendiri. 
kesal, apabila terpaksa memberatkan manusia, 
dan hidup ini tidak pernah terlepas daripadanya. 
Allahu, terlalu ingin takaful itu milik kami. 

Allah menawar istana gah di syurga nanti.
dan untuk itu, perlu merendah diri
mengubur kesombongan yang meninggi, 
lalu menghadiahkan kemaafan seikhlasnya.
Allahu, kurniakan ta'afu yang membina kami. 

Allah kata manusia sentiasa dalam kemampuan
hanya saja manusia tersering lemah kemahuan.
menyekat dan membataskan kemampuan,
katakan saja engkau tidak mahu 
sedangkan engkau sentiasa mampu 
Allahu, jadikan tafahum kesatuan kami.

[kata kunci: takaful (saling melengkapi), ta'afu (saling memaafkan), tafahum (saling memahami)]



menjadi tekun dan sabar dalam membina binaan,
Tuhan tidak memberati manusia di luar kemampuannya, bukan?

hari ini mampu bertengkar 10 jam
hari esok mampu bertengkar 10 minit
seterusnya mampu untuk tidak bertengkar.

hari ini mampu membina kesabaran
hari esok mampu membina kesabaran dan kemaafan.
seterusnya mampu membina kesabaran, kemaafan dan keikhlasan.

tekun dan sabar mencari kemampuan,
dan meminta pertolongan dariNya.

~


+ kakak, agak-agak bagi bunga ni boleh lembutkan hati orang tu tak?
-  sepatutnya lembut la.. bunga kot..
+ doakan. (sambil renung bunga-bunga rose oren) 

[and Alhamdulillah. i got Galaxy choc bar in return with a big smiley, and a warm hug from her]
untuk marah empat minit, dapat labur modal kemaafan yang dapat membayar istana kita di syurga, kelak kita fokus lari sama-sama masuk syurga ey? *kenyit mata*

"....dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa Allah mengampunkan kamu? Dan Allah maha Pengampun, lagi Maha Penyayang." [24:22]

*dah lama tak main bagi-bagi bunga kat orang sejak acah-acah pandai main toughlove. aku tak tahu lah kena sumpah dengan firaun mana selama ni jadi keras hati semacam. haa hambar silakan.

Allahumma thabbit qulubana. 
bi husn zhon beeka.

Comments

Post a Comment

Popular Posts