mainkan lagu terakhir*

entry kanak-kanak >.<
forever my kelabu. tsk

^_^

kau tahu yang kau dah besar bila..

aku:  eh kenapa ada 'kelabu' dalam plastik tabarru'?
ibu:  semuanya dah kena tabarrru' kak. 
aku:  huh? tak boleh! 

ibu:  yang kat bilik atas pun semua dah tak ada. 
aku:  aquapink?
ibu:  semua.
aku:  gedabak pun? 
ibu:  iye. 

dah berair mata kenang satu-satu.

aku:  ibu, please buuu, kelabu tu akak nak. 
*ibu keluarkan kelabu letak atas sofa elok-elok*

yeay!

tak lama lepastu, ayah bangun ambil kelabu letak balik dalam plastik tu.
ayahhhhhhh T.T

atok:  tak pa mira, nanti nak balik brunei ambil je kelabu terus bawak sana. 
aku: okay atok ;D

~

impian nak kumpulkan satu 'family' berkecai. nak semua! nak peluk semua. tsk.

aquapink. hadiah birthday yang ke empat belas dari ibu. bear paling besar waktu tu. paling sayang sebab dia comel gila. paling lagend sebab teman merentas benua! oh comel sebab dia pakai baju hello kitty.

kelabu. si comel. sebab ada orang tu post ke rumah dua tiga hari selepas pmr. sebelum fly mesir dulu. kelabu ikut teman pergi balik terbang sana sini. sayang lebih sebab orang tu yang bagi.

simply. ah! tak boleh nak lepas si simply ni! satu satunya bear yang beli sendiri sebab nak pujuk diri sendiri yang tengah moody exam masa kat egypt dulu. oh antara bear yang tercomel dekat kedai Sugar. tsk!

my gedabak. my new bear. paling gedabak. hadiah birthday yang ke dua puluh. tak sempat-sempat nak bawa balik brunei. grr. geram.

dan lain-lain bear yang selalu terhias elok je dekat bilik dan selalu jadi travel-mate.
r.i.p my kesayangans.

tsk. tinggal satu.

anjali. yang masih terselamat duduk kat brunei tu ha. no worries soon I balik I bawak kelabu untuk you okay.

#prosescleaningsemuamainan #semuadahbesar
mana ada dah besar takboleh ada mainan. tsk.
T.T belum move on sebab balik rumah semua kesayangan dah tak ada. tsk tsk.

kita cari mainan baru okay? mainan orang-orang besar. hm :)
#eh

Comments

Popular Posts