kesyukuran
"....Ya Tuhanku, anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan agar aku mengerjakan kebaikan yang Engkau redhai, dan masukkanlah aku dengan rahmatMu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang Soleh." [An-Naml:19]
Tersenyum.
Terlalu banyak hal
yang telah Allah karuniakan tanpa perlu kita meminta, dan bila tiba saat kita
meminta, bukalah tangan seluasnya kerana Allah akan mengurniakan dengan lebih
banyak lagi. Tanpa kita tahu dari arah mana, bagaimana keadaannya dan apa rahsianya.
Misteri.
Ada masanya, lagak
seperti hamba yang meminta; memohon dan mengharap, meletakkan Allah sebagai Tuhan yang
paling layak memiliki dan memberi sagalanya.
Ada masanya, lagak
seperti hamba yang berserah; memuji dan mengagungkan Allah, sepenuh hati
menerima dan mempercayai tiap takdir yang telah Allah aturkan.
Lagi mudah meminta
dari menerima, tidak?
.
harapnya untuk
setiap perkara yang mendatang, Dia akan sentiasa perbaiki urusan kita,
permulaan hingga kesudahannya.
dan terlalu harap,
Dia tidak membiarkan kita mengurusi urusan kita sendiri tanpa ilmuNya.
.
khabar hari ini
indah-indah, cuma risau tidak mampu mengurusi dengan sebaiknya.
kerana tiap sesuatu
punya amanahnya bukan?
trying to settle
down, little by little until everything is clear.
try to be more
'tersusun' sebab dia biasa-biasa je selama ni. eh. ok agak serabut.
# hidupkan peranan
hamba.
# du'a is free
Comments
Post a Comment