lupa


~Allah maha Mulia maha Mengampuni~

i wish i could remember everything in my life. 
setiap momen-momen terindah, setiap perbualan-perbualan yang mengasyikkan, keputusan-keputusan besar yang dibuat, orang-orang yang pernah jumpa, kebaikan-kebaikan mereka, ekspresi tulus mereka, senyuman indah mereka.
teringin juga nak ingat semua perkara yang pernah belajar, segala yang pernah dihafaz, yang pernah ditulis, dicakap, dikongsi. dirasa dan semuanya. 

terlalu banyak kan? :') 

*paling-paling lagi, teringin betul nak sentiasa ingat Al-Quran. T.T kadang-kadang baca surah pendek-pendek pun masih ragu-ragu dan ter-stuck. rasa macam useless sebab hafaz banyak-banyak tapi lupa juga. 

"besar hikmah Allah jadikan manusia ni dengan sifat lupa. kalau takda sifat lupa ni, kot manusia ni tak boleh nak hidup lah...." -Murobbi.

"lupa itu nikmat sebenarnya" -sahabat syurga.

-  masih tak move on sebab fail dengan projek #VersusArusWeek #20days

2016 ada lagi enam bulan. target untuk tahun ni masih belum capai-capai. target Ramadhan 1437H masih belum penuh. 

Allahu, dah menikmati nikmat lupa selama ni. sekarang mahu nikmati nikmat ingat pula. huu.
" (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. Dia Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri " [Al-Hadid:23]


lima belas ramadhan, satu empat tiga tujuh hijrah.
beyti jannati. 
menjemput berkah. 

amirah, please be good.

Comments

Popular Posts