mim aleef gym wow.



Allah sedang memakbulkan doa-doa rahsia kita,
telah juga memudahkan banyak hal dalam kehidupan kita,
cuma sering kita yang memayahkannya.
memberatkan langkah dengan separuh jiwa.
sudahlah.

angkat hatimu setinggi langit,
lepaskan beban dunia dari jiwa,
terbang ringan menujuNya.
Allah itu ada. maka, rasailah.

berlembutlah dengan manusia,
Allah suka pada kelembutan,
serulah jiwa-jiwa kontang akan janjiNya,
Allah itu ada. maka rasailah.

serulah hanya kerana ingin mencintaiNya
dengan lebih.

~

# hari amirah belajar me-re-fill hati lalu menghadiahkannya pada manusia
# cuma sesekali amirah ingin thabat selamanya
# Allah sedang mengajar amirah untuk berubah dengan kesungguhan yang lebih.

Comments

Popular Posts