hati yang menerima


tenang,
Yakin terus pada Tuhan.

Ya Rabb, moga apa jua yang berlaku, apa jua kesakitan yang aku rasai, aku mampu melihat di sisi kebaikannya. Aku tak mahu diam-diam memberontak jiwa. Mohon aku mampu tinggal perangai gaban satu ini.

Walau kadang ego jua lah bila manusia lain menyebut-nyebut silap salah kita, mengecil-ngecilkan kemampuan kita, mengalih-alih pandang sisi ikhlas kita, ye perit sebenarnya -

Bukan selalu dapat nikmat - hati yang menerima -
Jadi, kadang bila rasa hati terlembut bila ditegur, bila hati mula sayang atas setiap perkara yang dibenci tanpa sebab, kadang jugak bila hati terus merasa kecil untuk memuliakan manusia - feeling blessed.

Aku bersyukur atas nikmat besar ini, tapi mungkin kecil pada orang lain, ah mungkin ada yang langsung tidak sedar ini adalah satu nikmat.

Kerana penat dah merasa hidup untuk urus diri sendiri - biar sekali ini aku ambil langkah untuk berubah lalu membuka hati. Silap aku, biar manusia tegur, ingat, kau tak mulia mana dan ingat, Allah sentiasa ada setia untuk memafkan walau manusia asik asik duk tengok sisi aib kau.

Mohon sentiasa punya - hati yang menerima -




Hanya perempuan yang masih berjiwa lemah gemalai. Argh! 

Comments

Popular Posts