mak, jaga anak k.
kg. Ayer - Bandar Seri Begawan |
Bismillah.
"tak payah nak ajar aku, anak-anak aku dah besar
biarlah diorang nak buat apa pun ngan hidup diorang dah besar pandai fikir aku
dah tak ada apa apa masalah"
"tapi ini dah masuk hal dosa besar yang masih
kau tak nak kesah!"
"eh dahlah..diorang tahu itu silap lambat laun diorang reti berubah"
menangis.
wahai jiran...
*duduk berteleku tak terkata - mujur ada dinding pemisah - tapi masih bingit*
Aku tak tahu nak
kesiankan siapa dalam hal macam gini, makbapak? anak-anak? aku?
Di atas pengetahuan
dan pengalaman aku yang cetek lagi jernih ini, sungguh, hal mendidik jiwa
manusia sangat besar tanggungjawabnya, baik makbapak mahupun anak-anak.
bagaimana sanggup
makbapak melepaskan tanggungjawab dalam pembentukan anak-anak? Lalu membiarkan
anak anak terkontang kanting mengenal dunia? Benar, iman tak mampu diwarisi,
walau ibu beriman bagaimana sekalipun, jika anaknya ditakdirkan jadi samseng
jalanan, samseng jalanan jugalah jadinya. Namun, bagaimana pula makbapak yang
langsung tak mendidik anak-anak? Erti mendidik ikut kayu ukur Islam*
hal keluarga satu
ayat je mampu buat menangis teresak-esak kalau dihayati. 66:6 surah At-Tahrim.
Allah kata, peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari menjadi bahan
bakar api neraka.
cukup menggetarkan.
perkara tu yang buat
diri sendiri tak sanggup tengok keluarga sendiri ada dalam Jahiliyyah apatah
lagi perbuatan dosa. Perkara itu juga yang buat kita sungguh-sungguh nak
keluarga berubah walaupun hanya dengan doa je mampu.
hidayah itu milik
Allah.
benar, hak Allah.
Allah lah yang maha menghendaki siapa yang layak menerima hidayah.
tapi, menunggu dan
memanggil buah rambutan dari bawah pohon sambil duduk bersahaja. Itu Mustahil
berhasil. Iya, kadang ada juga buah gugur dan mampu dinikmati. hanya kadang.
-
"dalam family ni kita kena terbuka, tapi jangan
sampai semua hanyut"
semenjak itu, aku
faham benar, dalam keluargalah perlu lebih berhati-hati dari segi penerimaan.
Anak anak terdedah dengan pelbagai ujian dan mudah tergoda dengan perkara yang
menguji keberanian dan jiwa muda mereka.
Aku borak bajet dah
dewasa gaya- phuiii tidak - aku masih bicara persis anak muda -
"engkau dekat dengan dia, takkan kau tak tahu
gerak hati dia kuttt"
keperluan dan
kekosongan yang amat didahagakan oleh setiap anak itu, mana-mana jiwanya,
siapa-siapa pun orangnya, sama saja, ia mencari kasih sayang.
Ajarlah anak-anak
akan kasih sayang Tuhan. Indeed. 66:6.
-
tambahan;
Jiwa anak muda aku
membangkit,
Aku pernah lalui satu kesilapan dan aku tak reti untuk
berubah.
Comments
Post a Comment