zara damia


ergh. aku saja yang salah. Getus hati kecilnya. Sudahnya kelas penuh hari ini, terpaksalah Zara mengangkut beg gendong dan beg sandangnya ke hulu ke hilir. Soal perselisihan di bilik mesyuarat tadi, dia mahu lupakan seketika. Namun, perkara itu juga yang mengganggu fikiran hingga tidak sedar langkahnya semakin hilang arah.

Zara melabuhkan duduknya di bangku bersebelahan padang. Penat. Petang itu ada perlawanan persahabatan bola sepak, pasukan mana entah dia langsung tak tahu. Hanya termenung, Kocek baju kurungnya bergegar menandakan masukknya pesanan ringkas.

"kakak, Damia dah habis kelas" 

Ok, kakak otw - mesej di balas laju.

"kakak, Damia laparr" 

Zara tersenyum membaca sms baru itu, 'Adik' barunya itu memang manja. Zara sudah menjangkakan hal itu, sengaja dia membungkuskan dua Nasi Ayam Penyet dari cafe sebelum ke bilik Damia. 

- - -

"kakak. you are not okay, right?"

Zara mengangkat kening bertanya. Atau lebih tepat lagi hanya buat-buat bertanya. Damia cepat perasan riak muka Zara yang kurang ceria hari ini, sejak Zara muncul di depan pintu biliknya tadi, hanya senyuman segaris diberi. Semasa makan lunch+dinner pun Zara hanya berdiam.

"C'mon kakak, spill it" 

"kakak tak tahu macam mana nak mula.."

Damia memberi ruang untuk Zara menyusun kata. Sambil membasuh pinggan Damia menanti. Entah langsung Zara tak menyedari langkahnya hanya menurut Damia, ke ruang makan kemudian ke dapur kembali. Damia tersenyum sendiri, masalah apalah yang difikirkan sedalam itu. Gelak hatinya, comel kakak Zara ni.

"Chrysanthemum Tea!" separuh jerit Damia mengangkat dua gelas tea yang baru dibancuhnya dan terus menuju beranda di luar biliknya. Zara menurut. 

"kakak rasa sakit.." Damia menolak perlahan satu gelas arah Zara. "sejak kakak kenal tarbiyah, ada saja perkara yang serba tak kena. kakak rasa makin susah hati" Zara menunduk. "Kakak rindu kakak yang dulu, boleh go on dengan semua benda, happy je.."
"..kakak makin rasa susah nak capai ketenangan. makin hari makin sakit rasanya, i wanna be me, and i don't wanna be fake" Zara merasa benar-benar give-up dengan kekerasan jiwanya sekarang. 

Damia tersenyum sebelum menghirup chrysanthemum tea-nya. Suasana senja semakin oren, matahari ingin menyorokkan diri, dia tersenyum lagi, habis gelap nanti, mentari pasti akan muncul kembali.

"Damia pun pernah menyesal mengenal tarbiyah.." jujur dia menuturkan. Terkenang saatnya hampir putus harap dengan perjuangannya. Zara pula tertarik dengan ucapan Damia, seperti memahaminya saat ini. 

"..tapi kakak, sekadar mengenal tanpa menghayati, kita memang akan rasa sakit. tarbiyah tak menjanjikan kehidupan yang serba kena, tarbiyah menuntut pengorbanan. sekuat mana kita nak mancapai kehidupan yang Allah redha.." 

"..sakit itu kerana keimanan menuntut haknya, dan nafsu pula menuntut keadilannya, perperangan yang takkan habis. untuk mendapatkan kehidupan yang Allah redha, akan penuh dengan kesakitan.. perperangan jiwa, meninggalkan kebiasaan kita, menjadi pelik di kalangan masyarakat.... itu semua tuntutan yang perlu kita lalui.. " 

"kakak tahu kakak tak patut rasa macam ni" Zara memang berat mengungkapnya dari awal.

"rasa penyesalan ni, salah satu ujian dalam tarbiyah, Damia rasa, kakak rasa, semua orang rasa. sebabnya Allah kata, cukupkah kamu mengatakan kamu beriman, sedangkan kamu tidak di uji? dan di sinilah kita perlu membuktikan bahawa kita sungguh-sungguh mencintai jalan Allah. dan ketenangan akan hadir bila kita berharap pada Allah sepenuhnya.."
"..cukuplah jadi diri kita, yang mengenal tujuan kita sebagai manusia, yang mengabdikan seluruh kehidupan kepada Allah"

"kakak sangat perlukan kekuatan" 

"Jom" Damia menghabiskan sisa tea di gelasnya dan mula bangun. 

- - - 

Selesai solat maghrib berjemaah, Damia membuka halaman kegemarannya dan memberikannya kepada Zara.

Adakah kamu mengira kamu akan di biarkan sahaja untuk mengatakan 'aku telah beriman' sedangkan kamu tidak di uji? [Al-Ankabut;2]

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, hanyalah orang yang beriman kepada Allah dan Rasulnya kemudian mereka tidak ragu-ragu. [Al-Hujurat:15]

Zara mendakap erat Damia sebelum mereka membaca doa rabithah bersama.

Comments

Popular Posts