'some'thing i wanna remember

Dengan namaNya Sang penebar Kasih.

because i'm too cute in this picture. hakss i know :P


#np hakikat bahagia

berakhir sudah sesi sem dua. macam baru semalam aku merungut-rungut kat ibu ayah - sebab tak tahu nak masuk uni mana - macam semalam mengadu-ngadu dekat cik emy, cik adaa aku stress tak cukup tanah - ya, macam baru semalam aku habiskan thanawiah aku.

sometimes, aku takut rasa terlalu belong. 
bila hati terlalu attach dengan sesuatu, kita akan susah nak lepaskan.
okay, nak kata paranoid, ye. tapi i'm not skizo, kot. haha

#hakikatsatu aku dah mula sayang.

"jangan hukum sesuatu selagi urusannya belum selesai" -
 and i was like, since awal semester dalam kepala is... serabainya aku sem ni. tapi selagi sem ni tak habis kenapa nak give up awal-awal dan dah nak predict hasilnya.

nak kata busy tak jugak, sebab busy aku dengan program + training + kuliah + akhawat, lagi busy aku melayan twitter + blogwalking + melangut + chatting + berangan + tidur + lepak-ing dll 

so busy ke? tak kot. sebab aktiviti-aktiviti buang masa masih lagi mampu aku letak di prioritas! wajib dilaksanakan even banyak hak-utama menuntut.

ah. pedajal siapa kata anak kedua buat kerja last minute, semua kerja dia berhasil. i admit that, selalunya memang macamtu. tapi sejak aku beriktikad (baca: yakin/percaya) dengan statement tu, hundred percent aku punya kerja last minute semua ke laut. nampak tak permainan dia?

#hakikatdua aku hanya buat-buat busy selama ni

bila di tangan sendiri semuanya betul, di tangan orang semuanya salah.

antara perkara aku paling suka, ialah ketika aku mengenali seseorang. sebab aku bukan stok budak peramah. jadinya huntunggg weh dapat kenal dengan aku haha (over seketika). once kita kenal orang baru, umpamanya Allah sedang mengajar kita sesuatu melaluinya.

- cuba nak menyantuni manusia sekeliling - susah - sungguh -

#hakikattiga hanya aku dan hidup aku


bumi musa mengajar aku untuk menjadi setabah-tabah manusia, adakah di tanah borneo aku di ajar pula untuk menjadi selembut-lembut manusia?

seni Tuhan - suatu masa - akan fahami.

bahagia itu kerana ketenangan, tenang itu datangnya dari kesyukuran.

# done our last program for this second semester.
# i tried my best.
# Alhamdulillah - satu permulaan yang baik
# aku dah kata - memang hal last minute aku ke laut. 

# untuk FoU geng, semoga hari esok bertambah menyinar. moga Dia pelihara iman-iman.

Comments

Popular Posts