i got a pink-balloon
pernah dengar analogi; kerana nila setitik, rosak susu sebelanga?
itu.
begitu jugalah, apabila dosa-dosa kecil mampu mengakibatkan dosa-dosa besar. semuanya tanpa sedar. sikit-sikit membukit.
definisi kita memandang sesuatu berbeza.
ada satu hal, bila dunia memandangnya, semuanya adalah mulia.
dan hal yang sama juga, bila akhirat memandangnya, itu adalah suatu yang hina.
-
ruang itu usang
sepi sunyi tiada menghuni
gemanya semakin ngeri
bila tiada menjejaki
sesekali atap berlubang
menjemput ada menyinari
namun bukan mentari
ianya hujan menyelubungi
sesekali ditebuk penghadang
menyambut daunan menghiasi
dahan dan duit-duit penyeri
namun serangga memasuki
jemunya menjadi usang
sejuk hujan membanjiri
indah hijau aku disakiti
mulaku menampal robek ini
seketika aku terkenang
luas bendang sawah padi
terbentang langit Ilahi
lalu ku buka pintu kembali.
(21042015 1231am)
-
tiada kaitan nila dan belon, susu dan teddy bear cinta jiwa saya. mungkin.
normal balloon tak bawa aku ke mana. mungkin lain kali perlu di-upgrade jadi helium balloon?
Comments
Post a Comment