masalah itu rahsia. tahu?

semalam aku ada sesi berqhodaya dengan seorang pensyarah, (sesi pencerahan)

"Dr free? kami dah dua minggu tak ada sesi ini.."

"iyalah, kamu semua kan pemalas, semua kaki tidur"

bomb! pecah jiwa gua. # ini antara gurauan kebenaran yang berduri. #fact!

antara nikmat Tuhan kasi peluang duduk dengan orang-orang soleh, kata-kata ulama itu mutiara. #walaupedih tak ada yang keluar melainkan nasihat. T.T masyaallah.

tak banyak yang kami bualkan, sekadar 40minit lebih kurang.

~

kenapa kita jadi golongan yang kuat mengeluh? itu ini ada saja yang tak kena, just sesekali, boleh tak accept everything yang Allah dah susun untuk kau?
semua yang kita lalui adalah qada' Allah untuk kita. positif untuk diri sendiri then kita akan lihat dunia dengan pandangan yang lebih positif.

ha ha tapi sometimes, mengeluh je banyak tapi tarahal sangat pun dengan life. no? mengeluh itu ini, tapi still cukup sifat, cukup kekuatan, cukup serba serbi. sadis perangai macam gini oi.

seram pe, tanpa sedar menjaja aib sendiri. tak ke? "masalah itu rahsia kita, aib kita" Seorang Muslim tu, dia tak mengeluh melainkan hanya kepada Allah.

~

terlalu banyak perkara untuk disyukuri.
- kalau dibayang rahmat Tuhan, mahu saja aku bergoyang kaki, namun bila dibayang murka Tuhan, haruskah aku berdiam diri?

Comments

Popular Posts