stay silent?


Ketenangan ada di sini

Tak jumpa kerana kau tak mencari

Kebahagiaan tersirat dihati

Tak rasa kerana kau tak menghayati 

-Sepi Perantau-


- - -

ayuhlah diri,
teruskan mencari,
teruskan menghayati.


# motif gambar?
hargai kawan susah senang, jatuh bangun. antara anugerah dari Tuhan, sahabat yang soleh. yang nak tengok kita masuk syurga. tegur dan nasihat tiap masa.
ingat senang ke nak dapat kawan soleh? susah oi.
anugerah sebab kalau tak ada kawan soleh entah macam mana perangai makin tak senonoh tak beradab.

parents memang acuan, tapi dah kalau jenis jadi budak ikut arus macam aku ni, memang kena ada kawan yang selalu ingatkan bab bab hati dan Tuhan. kalau tak, hanyut.

jadi orang perantau, tak boleh bergantung sangat dengan keliling. itu apa yang aku belajar. sebab tahu tak ada benda yang kekal selama-lamanya. so nak terlalu attach dengan sesuatu tu, bikin hati pecah je bila Tuhan tarik balik nikmat tu. and yeah, jadi orang perantau jugak lah aku mula belajar, yang Tuhan takkan atur sesuatu tu sia-sia. atas setiap pertemuan, ada tarbiyahnya yang tersendiri.

sungguhlah, aku masih tak dapat bayang, andai nikmat satu ni ditarik. nauzubillah.


-

jujurnya, aku tak suka
lihat kau hanyut di sana
tapi lagi aku tak suka
lihat aku berdiam di sini.

Comments

Popular Posts