debu, terbanglah!

kehidupan dah bermula berbilion tahun yang dulu, 
apa kau dah buat dengan hidup kau?

kehidupan dah bermula berbilion tahun yang dulu,
apa kau dah tahu tujuan hidup kau?

.

jujurnya,
ingin mengorak langkah bawa beribu wangian,
tanpa berpaling ke belakang
kerana terlalu gelap, telalu membosankan.

jujurnya, 
ingin mencipta kenangan bawa bersama makna,
dengan sinar yang tersuluh lurus
bukan lagi menjaja kebusukan jiwa.
 
aku sedari 
hanya sang debu di sahara. 

aku sedari 
perlu menjadi debu yang terbang menuju tuhannya.

Comments

Popular Posts