bisik
angin,
kirimkan rindu ini
pada mereka.
kerana belumku bina jambatan
yang menyatukan.
bisik ini terlalu bingit
meski ku cuba melenyapkan
mencari kerana tiada,
diam mensyukuri setiapnya.
aku rindu
pada yang tiada kurangnya
meski banyak lopongnya
namun sempurna hakikatnya
walau cacat dasarnya
kerna sayang tiada penghujung
kerna rahmat Tuhan membenarkan
moga diberkahi
moga dilindungi
angin,
bawa rindu yang satu ini,
terbang ringan tanpa keegoan
menyapu lembut jiwanya
katakan aku merindui.
Comments
Post a Comment