just keep calm

hah sekarang hampir tiga pagi. dan boleh pulak aku terjaga tadi tengah tengah menikmati kenyenyekan tidur. dan tak de mood pulak nak sambung tidur. hahahaaa

paling tak gemar terjaga terjaga ni. haha. sebab tahu possibility nak tidur balik tuuu....hmmmm kurang. lol. maka, mood sentimental pun ngengada masuk line.



(gambar lamaaaaaaaaa Mei 2013 selepas exam tauhid. exam yang takkan aku lupa sebab kesusahan yang agakkkk gila, haha lepas tu memang sehari tension tak hilang, petang petang tengah meng-cool kan diri tetiba ada suara suara yang ajak pegi Cairo View nih. peluang nak relax kan akal juga hati sambil tengok sunset. tapi aku punya tension tak kebah kebah. lol. exam susah di luar jangkaan mayb. dan membawa kepada result yang kureng. lol. tapi alhamdulillah final mark tauhid highest dari segala subjek. itu pun buat aku ternganga...hahahaaaa adedehh kenangan satu ni.....)

# sekadar gambar selingan.

masa tu baca revolusi.
menulislah di waktu kita betul2 tengah rasa susah, berat, sedih, down.... sebab waktu tu rasa tu adalah real. macam manaa nak menulis tentang rasa miskin padahal time tu kita tengah kaya raya.

itu. deep.

dan seriously, hati itu bolak balik mengalahkan air yang sedang menggelegak.

#egypt. tempat aku belajar bila jatuh kena bangun sendiri. bila sedih kena happy sendiri. bila susah kena senangkan sendiri. bila lost kena cari jalan sendiri. bila rasa mahu kena cari sendiri.

sampai aku tak suka bila tengok orang lain sesusah nak ringankan aku sedang aku boleh je nak handle sendiri. sampai ada ukhti cakap perangai satu tu sila di turunkan ego nya, yang tak nak terima bila akhawat nak tolong itu ini. itu kekurangan aku yang mereka tak boleh terima. feh.

jujurlah. benda melibatkan tanggungjawab aku sendiri, baran jugak lah kalau tetiba ada orang nak take over. dan memang jenis tak suka harapkan orang lain untuk tuntuti kehendak nafsu diri. nak mengada ngada sila layan diri sendiri. itu aku. #di #egypt.

tapi di #malaysia
ceritanya adalah sebaliknya.

femili.
terima kasih ada dekat sisi saya saat saya memerlukan teman. rancangan Allah tu. memang buat aku terdiam dan fikir sampai tak tahu nak fikir jauh mana lagi. just speechless.
dengan femili aku tak perlu pun nak luah segala rasa. diorang ada kat sisi dah cukup bagi aku kekuatan. cumanya, aku masih memerlukan waktu nak membina dan menstabilkan hati nak survive dekat tanah tumpahnya darahku ini. jadi manusia lemah sungguh tidak awesome dan sangat loser. sekian.

tapi hidup kena rasa semua tu.
thanks Allah sebab ibu ayah balik malaysia untuk dua minggu ni. sangat membantu.

duhai hati. engkau mengapa.

laju nya rasa hati ni. kejap lemah kejap kuat kejap lemah kejap kuat.

# tweet pagi buta ini
" perempuan sangat sensetif dengan apa yang dia rasa dan apa yang dia lihat "

haha. make me laugh sumbing pagi buta ni. (* ketawa sumbing?? lol.

Comments

Popular Posts