when actions speak.

Bismillahirrahmanirrahim.

bila hidup dapat buat manfaat untuk orang lain, rasa dia lain macam. 

tetiba tadi pergi belek belek planner sesi 2012/13. jumpa memo ni,,
"selagi mana kamu menganggur di rumah, kamu sentiasa terikat dengan kemungkaran"
makkk gak, peluh peluh. *keluar rumah*

kelmarin, dapat wasep,
"Akak cemana nak tenangkan hati?" 
"Akak cemana nak tetap kan hati untuk berubah, dari segi pakaian, saya nak pakai tudung labuh, nak longgarlonggar..."
"Akak boleh bagi tips cemana nak ubah slow slow?"

sebenarnya, aku tak pernah tegur dia dalam kelas, paling paling pun, hai dan bai. masa mula dan akhir kelas, paling paling pun time aku terkebil kebil dengan soalan dari sir, time tu la dia hulur calculator, tak pun time nak tanya dah habis salin slide belum. dalam kelas aku cuma cakap 'thnks' je kott kat dia. tu je. 

masa dapat wasep tu, tersenyum. 
"ajaklah manusia kepada Allah sesuai dengan kadar pemikiran mereka, apakah kamu mahu dia mendustakan Allah dan Rasul?" -arabic qoute-

di saat rasa.. hati sendiri pun masih belum betul betul stabil, di tambah lagi saat ini iman digoyah dengan keinginan yang bermacam macam dalam berpakaian. dan saat diri sendiri masih mencari cari gaya langkah mana lagi perlu untuk menegakkan prinsip diri.

saat itulah, rasa betul teruji bila kena pesan ke orang lain atas perkara yang kita pun masih belum mampu lakukann. sesuatuu, aku tak rasa makin lemah, tapi lebih bersemangat. hamdalah.
'kita akan di uji di atas titik kelemahan kita'

maka, aku hanya berkongsi pendapat dan pengetahuan yang aku sendiri sedang cuba. sekali ku sertakan surah insyirah yang aku rasa sangat special surah nii ... XD
*terdetik jugak, errr surah ni perlu makin sebati dalam diri...** perlu sangat.

---

hari ini, di minta untuk menjadi imamah solat maghrib, bersama femeli sedara yang datang. surah insyirah memang surah feveret lah kalau dalam solat. 

tapi untuk dua rakaat, baca surah ni, asik sangkut sangkut. macam baru hafal je gaya T.T O Rabb! 
taktahu nak rasa dan kata apa. malu sendiri. 
*mungkin betul belum sebati. 

Ini memang kena ketuk dengan surah al-baqarah yang ayat "ata'murunan nassa bil birri...."
"adakah kamu menyeru manusia kepada kebaikan, dan melupakan diri kamu sendiri....." T.T

~

siapapunlah kita, apapunlah tahap kita, ingat, ada ramai mereka yang memerlukan kita. so, jangan macam nak sukatie sangat ah nak layan down down ni. keh?

kadangkadang, tak semua orang faham 'jagalah Allah' 'ingatlah Allah' kalau kita sendiri tak tunjuk macam mana gayanya. selamat berqudwah =) untuk diri.

keep on praying. 
ummah need us. 
qudwa before da'wa. 


Comments

Popular Posts