how embarrassing - - '


      

" the less you push your parents for something the better your chances are for getting what you want" -Naomi-

er. masih kebudak budakkan lagi. kadang rasa masih manja sebab semua benda nak di hidang depan mata, tak ke? sikit sikit ibu ayah yang kena tanggung. gegeee da besar okayh. 

makna "uff" dalam quran tu....is segala jenis bunyi mahupun perkataan yang menetang kata kata mereka, gagal lah kot kalau nak di kira... bunyi bunyi biasa ni....

- alaa.........
- huh....
- haaaa?
- tanaaaakk...
- hmphhh.
- dan pelbagai bunyi yang lain lain tu, tak reti pulak aku nak eja. 
itu tak campur lagi senget benget mulut tu. yang muncung bibir berdepa hasta tuuu lagi, haaa yang jalan laju laju hentak kaki *konon marah la tu* masuk bilik....hmmm gebaaaammm!!! pintu. hailaa norma~ 
yang jenis diam merajuk lama lama tu pun satu hal jugak. tarik muka kendur pipi berkerut dahi bagaiii. 

Fuhhh fuh. belum papehal aku dah cuak sebab kali ni macam nak sentapkan diri sendirii. ***

mungkin, antara sebab jalan hidup agak kelam kelabu, agak hiruk pikuk, agak kabut serabut, agak serba tak kena adalah disebabkan hubungan dengan parents macam apa. mungkin. 

tapi parents mana yang tak doakan anak anak, parents mana yang nak anak anak dia hidup kusut masai gelap gulitaaa. ? tak ada.
but still, nak hidup dalam redha Allah, kena raih redha ibu bapa dulu, 

seyesly la, kita mungkin makin membesar, dan mungkin ada ketika kita rasa, oGod femili aku ni macam tak faham faham ke aku. i have a big problem yooo. aaahhh poreber a loner. 
sedar ke yang parents kita pun makin menambah usiaa? oh kau rasa kau sorang je ke ada masalah? tak rasa ke yang bila kita makin besar ujian makin besar? 

apa pun yang berlaku try cakap leklok or bincang dengan rasional err hati parents ni sensetif yaw. sensetif mana parents jaga kita masa kita kecik, jaga setiap segi, kalau boleh tak nak apa apa yang buruk sikit pun pada kita, 
macam tu jugak dia lagi sensetif bila tetibe anak dia tu melawan or naik suara dengan dia. ~oh anakkuuu

** T.T gagal. Dush dushhh muka sendiri. 
** kencang sangat ke aku bebel..tak an? sembang kencang, buatnyaa...hampeh.
** grehhhhh emsori ibuayah huuuuuuuu T.T

" what we do live for if it is not to make life less difficult to each others? " -GeorgeEliot-

Tahadu Tahabu. Saling memberi dan saling berkasih sayang. 

# tetibe teringat buat cream puff haritu, berdua je ngan abang kat rumah, tapi buat banyak sebab nak bawak pergi useroh, kerja abang asik cilok je, 
abg. " uhh x sedap..." pastu amik lagi then masuk bilik. 
abg. " cubalah buat benda yang sedap sikit..." amik lagi...masuk bilik.

aku. " kalau tak sedap tayah la makan.." *ceh padahal sedap kottt

abg. " ey takkan lah orang nak kata sedap kot kat awak, kira orang makan banyak ni nak tunjuk ah sedap tak sedap..." 

Deyy abang, sukatimulaa. Haha

cara femeli kita lain lain, dan kita je tau rentak gaya femeli kita, mereka tak ucap pun sayang tiap tiap hari, tapi kita tetap tau diorang lah orang pertama yang akan risau ke kita kalau jadi apa apa. sebab sayang. yang lain macam. masyaAllah lah..
darah tu...lagi pekat dari air biasa. 

# mood rindu ke ibu ayah abang dan adik adik.
cemnilah, duduk malaysia kena rindu femeli dan kawan mesir. duduk saudi kena rindu atok abah dan kawan mesia. duduk mesir aku akan rindu semuaa. kes rindu rindu aku tak berpenghujung. O Rabb, aku yakin dengan pertemuan abadi di JannahMu. 

# mood 2 baru nak baca bab dua tentang ibu ayah dalam buku sean covey nih. so ini konon sedikit motivasi sambil kenang kenang kenakalan diri sendiri terhadap ibu ayah lah. hadeh, okay May Allah bless them dunya and akheerah. 

# nenight uolsss <3


Comments

Popular Posts