gelap.

kau tak pernah tahu.

masing masing punya cerita.
walau nak putar masa sekalipun,
jangan sesekali jadi hamba yang kufur dengan nikmat tuhan
kalau kau tak pernah tahu erti gelap.
kau takkan reti nak hargai cahaya yang datang.
kau takkan menangis bila cahaya pergi.

biar cerita tersimpan.
semua orang ada masa gelap.
yang penting jalan balik pada tuhan sentiasa terbuka.

berhenti menilai manusia.
kitab hati sendiri yang tahu.
beza kita hanya taqwa.

kau tak tahu, tak semua orang cari ilmu,
hati terang, hati faham.
selagi tak cari hati tu sendiri.

menyangka akal penuh ilmu dah jadi manusia ternama
sedang titik titik hitam semakin menyelubungi.
hingga tanpa sedar hati gelap. hitam. pekat.
siapa tahu.

sangka hati sudah jadi logam Islam.
rupanya, logam hitam berkarat kalis cahaya.
hati parah.

~

aku tak mencaci kegelapan.
aku bersyukur dengan hadirnya terang.

berubah. jatuh. berubah. tersungkur. berubah. putus asa. berubah. tertekan.

bukan sejauh mana kau berjalan, tapi seberat mana kau melangkah.
yang di kira itu usaha dan kesungguhan, bukan kuantitinya.

biar jadi budak agama, budak agama yang belajar menggunakan hati.
bukan turuti kehendak hati.

satu,
masa sentiasa ada.

cuma,
sampai bila mahu dalam gelap ?

Comments

Popular Posts