arrahman.

somewhere. fanzuru! maka lihatlah.
dengan namaNya arrahman jua arrahim.

percutian merangkap mengejar cinta berkasih mengisi jiwa hati nurani aku dah tiba ke penghujung. tapi tak bermakna kisah cinta dah tamat. 

home sweet home. segarkan diri, berwangi wangi, on aircond, bukak lampu suram suram, pasang mesin rendam kaki, panaskan air, sesudu garam, on lappy, kiri pepsi, kanan mineral, masukkan kaki, pusing ke button massage and whirl. bukak playlist 'lagu raya'. start blogging! 

*kunyah kinder bueno. nikmat.

# fabiaiyi aala irabbikuma tukazziban? 
maka, nikmat tuhanMu yang manakah kamu dustakan?

~dua kali surah tu diulang sebelum buka puasa satu hari tu, dan malam tu jugak turn surah tu di baca oleh imam dalam solat terawih. dan waktu tu jugak hati macam rasa something dengan surah arrahman~

the holiday yang sangat serunuk tahun ni. alhamdulillah :D kalau ikutkan macam boleh je nak fly balik malaysia sambut ramadhan and raya tahun ni. tapi apa guna jugak kan dah ada peluang nak sambut kat sini, better, selagi ada peluang. act, dah lama plan sekeluarga dari dua tahun lepas nak raya sini. 

 # 2011 balik seminggu sebelum raya, plan tanak balik tapi tak tahan woo. buat suprise muncul tetiba depan rumah atok buat muka tak malu nak bukak pose sama sama. kalau nak gelak sambil menangis boleh ulang banyak kali video time keluar kereta depan rumah atok. 

masing masing tercengang. atok tokbah sampai menangis kot terkejut anak cucu yang di rindu muncul tiba tiba. dan malam tu pulak sume pakcik pakcik datang pastu kata... "bertuah balik... aku pun tergerak nak datang umah mak hari ni.."  " lahh...aku memang plan tidur umah mak hari ni.."

senyum. fabiaiyi ala irabbikuma tukazziban. aturan Dia indah~

# 2012 plan raya saudi. Baju raya sume settled.
kawan ibu --> "kau balik tak bagi tahu...kata nak raya sama sama.."  er. apa pulak, kita sume raya sini lah.. "dah tu suami kau kata kat suami aku, raya malaysia..." huh serious ? apa punya suprise besar aku dengar hari tuuu! 

dah kecoh kecoh anak beranak tunggu ayah balik kerja. seriously ? last minit punya tiket lah hoiii. ayah kata tak boleh tak jumpa bondanya. huahuaa. yang untungnya aku. mata bersinar sinar bila ada peluang balik. haaa! 
second suprise untuk atok belah ayah :D Allahu sungguh lah aku ghendu. 

tapi engat cukup tanah ke nak pijak dua hari before raya baru nak fly? haha. kenangan malam raya balik rumah dekat dua tiga pagi. pagi raya sume muka jetlag tak cukup tidur sembam. tapi hoyeah betul ! *dan. raya di malaysia dengan abaya. egh. haha

senyum. fabiaiyi aala irabbikuma tukazziban. 

# 2013 . senyum. entah tak tahu mahu ungkap apa. raya paling serunuk ! lain macam. lain rasa. Allahu. mood belajar jadi hamba bersyukur dan cukup dengan apa yang ada. 

pengalaman. perasaan tu. susah nak dapat kat Malaysia. 
kalau nak listkan semua mood tipikal raya tu, memang bertimbun yang aku tak ada. entah. tak rasa apa sangat. enjoy je makan shawarma + pizza pagi raya. hah ! 
aku dah rindu suasana tu. mencintai mereka yang mencintai Allah. duduk bersama orang yang mengharapkan cinta Allah. rasa macam syurga. nikmatnya. 
berharga betul moment pagi tadi. 

cuma, rasa sedih bila call abang. pertama kali. pertama kali tak raya sesama. bila tengok ibu ayah menangis malam raya call malaysia. aku sebak. nikmat bila terasa ada kuasa yang menyatukan hati. Allahu. 
sambut raya di Makkah. nikmat besar dalam hidup. tak nampak kat luaran. kuch kuch hota hai. *something happen in my heart*

senyum :') fabiaiyi aala irabbikuma tukazziban.

# agak agak masuk Uni nanti, nak teruskan tak dare aku tu? sampai habis degree tanak balik malaysia ? 

# simpan amal. itu urusan hamba dengan Rabb. 

# cuba untuk hadir dengan mata hati. Haramain. 

# arrahman. Dia yang maha penyayang. yang menebar kasih sayang antara manusia. 

Comments

Popular Posts