X)

Alhamdulillah 'ala kulli hal .

macam ada sinar baru je aku ni. hihi. 1434H mungkin. er dah kalau tiap tahun sama. bosan kot. tak ada perkembangan. moga tahun ini ahsan dari tahun yang lalu.

er baru berpeluang nak update. hukhuks. kemalasan tahu nak on laptop. sejak sejak dah berkepit dengan gadget baru. haksss! err dan aku rasa post post aku jadilah random punya post. haha sebab tangguh tangguh je tiap hari. benda yang aku nak cerita pun semua aku lupa. haha. astaghfirullah.

taklifat.
rasanya ini pertama kali. huh. serious debar debar takut cuak semua ada! mana pernah sepanjang hidup, nama je dulu sekolah belajar pendidikan alQuran pasal mencegah kemungkaran itu wajib. dakwah itu wajib sebagai nyaa. dan bila......

'anntunna bersedia untuk tanggungjawab ini ke? ya atau tak? ana bagi masa lima minit....' -sister-

dan kedudukan aku sebelah kanan ukhti tu...memang paling cuak ler. ya Allah. mungkin ini jawapan untuk doa-doaku? empat yang lain terus tafakkur. aku pandang sorang sorang....hmm..aku?

mira, sampai bila? ini untuk awak jugak. sampai bila?
tahu ini yang terbaik. tapi....er mengapa dalam hotak aku ni masih ada lagi 'tapi' ? tapi tapi tapi! bosan. bila mahu yakin dengan sebenar-benarnya dan serious? hah!

'amirah...ya atau tak...?'  huh? serious aku debar.

semalamnya tu baru je dapat daurah...Huzaifah r.a mentakrifkan erti mayat hidup tu, bila seseorang melihat kemungkaran tapi tak usaha pun untuk merubah, baik dengan tangan, lidah mahupun membenci dengan hatinya...malah jika Allah mahu menimpakan bala pada pembuat mungkar itu, pastilah orang yang beriman dan hanya mendiam diri itu lebih utama menerima bala. Astaghfirullah.

usai masing masing memberi jawapan dengan yakin dan sungguhnya...

'ana harap antunna bersungguh-sungguh..kerana da'ei itu sebelah kakinya sudah berada di neraka, maka lakukanlah tanggungjawab ini dengan sebaiknya....'
boleh aku menangis? siapa tidak takut? ya Rabb. ini bukan penyesalan. tapi ini satu dorongan yang tiada tandingan yang lagi menguatkan. ya akhawati...sama sama ey?

perbincangan selesai hingga ke akhirnya.

dalam perjalanan pulang, sesuatu menerpa. aku meninggalkan sebelah kaki di belakang. berhenti. dan memberhentikan ukht di sebelah..
'akak....sebelah kaki di neraka....' aku teringat dan serious cuak. T.T
come on mira !

cinta kaherah saya!
dan bergegas pula pada bulatan gembira haha merangkap rumah jiran sebelah. heh. dan sampaikan pembentangan. serious aku dah lama tak membebel puas puas dengan semangat. haha. dah lah aku paling muda. eh eh Alhamdulillah. dan segala tazkirah aku kembalikan untuk diri aku sendiri.

Mujahadah Linafsihi....
banyak je pilihan selain mujahadah ni. tapi entah, aku ikut mood aku ler. terasa nak baca tentang mujahadah. maka, bila di sampaikan lagilah rasa nak buat apa yang kita sampaikan tu. ye tak? heh.

bersungguh-sungguh melawan nafsu. bukan tempoh sekejap. lagi kalau kita nak berubah. er macam aku ni la. memang banyak aku cakap untuk diri aku jerk. nak berubah. ambil masa panjang kot. sampailah benda baru tu jadi akhlak, sifat dan tabiat kita.

tak jadi lah kalau nak berubah tapi tak istiqamah buat baik. tak jadi jugak kalau nak tinggalkankan benda buruk tapi tak istiqamah tinggalkan. eh faham?

[aku ni kalau idea mencurah semua terabur keluar tak bersusun. tapi bila idea tak da memang mengarut je laa kerja aku.] ^^v peace yoo.

....sebaik-baik manusia, adalah mereka yang panjang umurnya dan baik amalannya... mafhum hadis.

'antunna...terima kasih..ana rasa semangat sentiasa nak buat usrah sebab antunna selalu semangat' -sister-

ya Allah. :') kadang kadang kita tak sedar apa yang kita buat tu menggembirakan orang lain. Alhamdulillah. XD



*serious ngantuk* baru lepas uruskan hal budakbudak junior. adik adik...aku ni pun remaja gak. tak beza pun umur cam kalian. kalian tu beruntung ada yang nak jaga. ada pengganti ibu n ayah kat sini. aku ada? kalian tu macam macam dah di sediakan. janganlah nak menangkan fitrah. padahal kalian sedar x itu hanya nafsu semata? jiwa remaja macam mana pun. nak memberontak macam mana pun. fikirlah mak ayah hantar sampai sini. untuk apa? and kalian tu datang sini untuk apa?

haih tak pasal pasal aku jadi kaunselor hari ni. jangan ingat hidup sendiri tu senang. memang semua orang boleh buat. tapi buat apa nak buat kalau hanya nak menangkan ego?
sendiri jatuh. kapai kapai. hanyut lah sendiri.
seriously sorry, aku memang tak boleh nak buat apa, time kalian kene sound. the fact, kalian yang bersalah. as pelajar, di bawah tanggungan asrama. dan di luar negara. act laa hormat patuh taat sikit.

okey aku yang nak meletus. again, jangan sampai kene hantar balik malaysia. rugi. gila.

aku akan cuba buat yang terbaik. tak di nafikan, budak remaja yang hidup sini, kebanyakan...hmphhh harapp. bawah umur ke tak, aku rasa support sistem tu perlu. *jgn syadid je la..
terasa amanah mula menimpa nimpa.

dan serious tak mahu junior junior hanyut gitu aje. rugi weyh.
di mana kita rendahkan hati, rapatkan dahi ke tanah, titipkan doa, insyaAllah makbul.
jangan siakan.

tanggungjawab baru. hati remaja, perlu ada Dia.
Rabbee Yasser.

*serious, mahu solat dan duduk dalam comforter. ngantuk ngantuk*

allahu'alam.

Comments

Popular Posts