workout and the super sauna!

hari ni dah 16 Ramadhan :) 
ya Rabb. cepat benar waktu berjalan. tinggal lagi setengah bulan nak pecut :))
meraih taqwa. insyaAllah. 

kali ini betul betul mengalahkan gym and sauna yang aku pergi tiap-tiap minggu kat egypt.

dua hari menempuh
berlekit-lekit, bermasam-masam, berpeluh-peluh, bersakit-sakit, berhassyum-hassyumm, berpanas-panas, bersesak-sesak..dan macammacam lagi.

#sedang hakikat
sedang berjuang demi cinta! segalanya terus tolak tepi. cekalkan hati. dan kuatkan pergantungan denganNya.

Moga Allah kira. 

^.^ bila rasa susah baru reti nak bersyukur. manusia....aku ingin menjadi golongan yang sedikit itu, mereka yang sentiasa bersyukur. Allah. 

bila di uji, terasa berat pula bebanan. tapi Allah takkan uji seseorang tu di luar kemampuan dia. so, walau macam mana keadaan pun, tetap ada kemudahan dia dan tetap ada jalan keluar. Allah nak kita sabar. Allah nak kita ingat dia. 

bila di uji, terasa malu dengan Allah. terasa malu dengan Rasul, para sahabat, dan para pejuang Islam. mereka qowiy (kuat), tabah je, cool je. tapi diri ni? sejauh mana ujian tu membuatkan kita makin dekat dengan Allah? -tak mahu jadi orang yang bila Allah dah tolong dari susah, berpaling pula meninggalkan Allah. manusia....

bila di uji, langkah semakin perlahan, kadang terasa ingin berhenti seketika dari berjalan, tertanya pada diri...hidup yang hanya suatu petang ini...kau mampu lakukan ini je untuk berangan raih redha dan syurga Allah? zuuqqq. rasalah....

rasa kalau di beri peluang untuk duduk dari berjalan, aku tak tahu aku bakal meneruskan perjalanan atau tidak. pengsan mungkin. *mengapa perlu lemah sebegini?* ini untuk Allah. langkah ini demi Allah. engkau dah teramat dekat malah engkau sedang berada di dalam rumah Allah, susahnya engkau untuk menyebut kalimah 'Allah' memohon kekuatan dariNya. 

hah. semuanya aku mampu ungkap hanya dalam hati. lisanku teramat berat untuk menyebutkan.....
Istighfar memohon ampun dariNya, aku sangat lemah.

bagaimana tentera tentera Islam dahulu mampu berperang di bulan Ramadhan ini? kuatnya iman mereka. Allah T.T dengan sedikitnya makanan. dengan banyaknya tenaga yang di perlukan. dengan semangat juangnya yang berkobar-kobar, melawan musuh, berhari-hari, tinggal di sahara...demi cinta Allah....di bulan Ramadhan...... .panas.terik. T.T
mereka, cukup buat aku mengalirkan air mata. dan membuatkan aku terus melangkah.

aku dah longlai. mata dah gelap. rasa macam nak pitam. nak pengsan. nak pengsan. nak pengsan. 
*kenapa aku doa mintak pengsan?* ya Rabb, kuatkan aku ! perjuangan ini hanya kecil, sabarlah.

mendaki bukit, teringat Siti Hajar yang berlari dari Safa ke Marwah...Marwah ke Safa...mencari air untuk anaknya Ismail....cekalnya berlari-lari...semestinya keadaan Siti Hajar lebih payah dari apa yang aku alami ini. Sungguh kecil perjuangan ini.

Moga Allah kira. 

Jantung macam nak terputus. Tekak dah mula mual-mual. Rasa macam mayat hidup pula berjalan. Macam mahu membatalkan puasa. Mira, sabarlah. tak lama dah...

aaahhh. ramai dah yang buka puasa. tengok jam, baru pukul 3:00 petang? ada empat jam lagi nak berbuka? perjalanan tak habis lagi. nak pergi berhenti minum atau tak? 

tangan aku tak lepas pegang tangan ayah kat sebelah, kalau lepas ? aku rasa aku bakal melencong ke tempat lain lah, dengan kepala yang dah blur. hanyat hati je yang mampu berkata-kata. berdoa. 
dalam perjalanan, ramai betul yang menggugat puasa aku ni. ye, orang yang musafir di boleh kan berbuka puasa, ada yang katakan harus, tak salah pun kalau aku nak pergi beli juss blanded tuuhhh. 

"nak juss?" ayah tanya. huh? benar deh? aku tak sempat jawab ayah dah pergi kedai tu. "nak air apa?" 
"oren yang tuu..." cehh dah lama aku aim. "tapi akak tak nak pegang, karang terminum pulak..." ayah senyum je, pastu ayah yang bawak...sampai balik bilik. 

Alhamdulillah 'ala kulli hal. umrah di bulan ramadhan memang perlukan persediaan luar dalam. jauh benar dengan apa yang aku sangka. panasnya masyaallah. tak sama langsung dengan umrah sebelum ni, panas terik, sebab buat lepas zohor? thnks Allah atas segalanya.

mungkin aku dah tak larat nak angkat buku doa dan penuhi setiap gerak umrahku dengan semua doa yang aku dah listkan..
mungkin aku tak mampu jugak aku nak buat umrah dengan semangatnya dan tenangnya...
mungkin aku tak mampu nak bawak semua barang aku, payung, kasut, buku doa...sbb semua ayah yang bawakkan...
tapi macam macam pengajaran dapat aku ambil, dan buat peringatan untuk diri...muhasabah diri di setiap satu tapak aku melangkah. aku tak rasa sia-sia, walau aku jalan macam mayat hidup ke apaa. aku tahu, banyak benda Allah nak ajar sebenarnya. :)) 

dapat rasa bagaimana payahnya nak berjuang. walau apa yang aku hadapi ni mungkin kecil. 

aku tak pernah bayang, sepanas macam ni. pertama kali mungkin, bila di sapa angin, ya Rabb nikmatnya....nampak air....nikmatnya........aku tak nak duduk untuk rehat sekejap masa sa'eii sebab takut tumbang tak bangun. huu. 

sampai bilik. tak mampu kata apa. puas? mungkin. gembira? mungkin. sangat banyak benda Allah nak ajar. terima kasih Allah. 

plan tak nak dah keluar bilik sampai ke subuh esok. tapi, ayah pujuk buka puasa makan roti canai...huh? tak boleh ni. wajib wajib. hehee. tekak memang kering kontang sejak zohor tadi. keluar dari bilik, mampu pandang bawah. badan dah mula berlekit balik. 

biarlah. mandi lah tiap kali sebelum selepas solat. yang penting dapat solat kat Masjid. Allah...
ujian dari Dia, untuk kita makin akrab denganNya. moga Dia Redha

moga umrah kali ni...memberi sesuatu yang berbeza (: 

#aku tak tahu kenapa lemah sangat. sangat panas mungkin. tapi aku tahu bukan aku sorang je yang rasa. sebab semua orang tak mampu nak buat muka baject cool. hihiii semua penat  dan semua ada ujian masing-masing. 
#juss oren blanded tu aku minum sorang time buka posa, tak toleh kiri kanan. last last ayah cakap..."baru nak rasa sikit...." haha sorry.

#ini sumpah awesome! pengalaman terbaik punya. the best ever workout and the sauna....pasti kurusss. kihkihkihhh...

Allahumma baariklanaa fi Ramadhan...wa ballighnaa LailatulQadar.... `^.^

Comments

Popular Posts