kau sayang aku. yeay!

Alhamdulillah 'ala kulli hal.

ukhuwah islamiyyah tu, sekali jumpa takkan putus sampai bila bila, sekali jumpa, terasa sayang. thanks for the one yang pernah ajar aku benda ini.

the first one yang ajar aku erti tarbiyyah, ukhuwah, qiyadah dan banyak lagi yang dia ajar. tapi sebenarnya apa yang dia ajar aku tak faham sebab aku tak pernah lalui. dia bebel kat aku, aku pun pura pura faham, dan respon baject gula baik. tapi hakikat, serious aku tak faham. haha my bad.

tapi sekarang semua benda aku dah lalui, thanks atas perkongsian. sangat bermakna. terus buat aku makin tercari cari. :)) *senyum gedik. 

(the one. kisah silam. kisah cinta. kisah pembunuhan jiwa? secrets.)

entah,  we're on the same boat, but in different cabin -Hlovate.

apa pun alhamdulillah.
semoga Dia permudahkan urusan kita eyy. :))

#orang yang dari kecik di didik jadi 'baik'
dan
#orang yang tak kenal erti 'baik'
dan
#orang yang baru nak jadi 'baik'

lain ceritanya, lain persepsinya, lain caranya
bukan mahu mencari perbezaan level manusia. tapi mahu mengetengahkan sifat berlapang dada dalam perhubungan. entah. duduk dengan mereka yang baru berjinak-jinak dengan erti 'baik', lebih membuka luass pemikiran yang sempit. bukan seperti lembu di cucuk hidung. yang A, A sajalah. B, B sajalah. tak nak ikut? boleh blah?

manusia. fitrah. inginkan kebaikan.

susah nak mendefinasikan erti 'baik'
untuk manusia. dan Tuhan.

(tak mahu jadi manusia yang turuti segala kemahuan hati. again, perlu di bimbing)
kisah kita sama, cerita berbeza?
masing masing mencari sinar. itu yang penting.
masing masing kejar Tuhan. itu yang utama.

mungkin takda siapa lihat kebersungguhan kita, tapi percayalah Allah sentiasa ada, dan takkan menyia-nyiakan orang yang berbuat kebaikan. teringin jadi seperti Uwais, yang tiada siapa mengenalinya di bumi, tetapi sangat famous di kalangan penduduk langit. MasyaAllah. Hebat sungguh!

(aku rindu suasana solehah, suasana ukhuwah islamyyah)
(jujur, aku rindu Smih)

Comments

Popular Posts