di ey di di wai

mensyukuri nikmat Allah.

bermusafir sambil berfikir. tadabbur ayat al-Quran, sambil sambil tadabbur alam di luar tingkap. lihat keliling, masing masing dah terlena. hanya ayah je yang cool memandu kereta.

teringat macam-macam cerita

"ayah....nak ni..ayah tak pernah belikan nii..."
"ayah....ayah belanja laa..."
"ayah handsome la rini...nak sekeping..."
"ayah...ayah...ayah...."

huh. bila teringat balik (sesak gila, kalau tiap hari ada orang panggil aku gitu...) tapi ayah?
ayah kerja siang ke malam. malam ke siang. dapat duit tak pernahnya syok sendiri sendiri. pernah ke ayah tak belikan apa-apa? pernah ke kau belanja guna duit sendiri? <-- sumpah tidak pernah. berkeping keping dapat pun tak reti hargai...magaaaiii. kalau aku kat tempat ayah?

hebatnya lelaki. suami. ayah. tak sanggup aku bayang. tanggungjawab besar. curahan kasih sayang tarbiyah segala bagai tak terhitung. apa yang lelaki rasa? ayah rasa? jiwa lelaki? ehh?

teringin nak buat ibu ayah senyum. senyum sebab aku. :P at least kte tahu kita dapat menggembirakan hati mereka.

penat tengok ibu ayah. bertahun uruskan anak anak aje. hebatnya seorang ibu dan ayah. memanglah tempat dia teratas yang wajib kita taat selepas Allah dan Rasul.
nak di bayangkan setiap pengorbanan mereka dari lahir sampai sekarang. sungguh mengerikan. er maksud tak sanggup nak bayang. nak letak diri sendiri pun tak layak agaknya...semoga mereka di balas Syurga! ameen.

in Haram. "ibu nak awk kahwin muda..." huh? seriously? aku: "insyaAllah, kalau ada jodoh..."

ups. ibu. kita di Haram. peluhpeluh. haha. rasa tak layak nak mengganti tempat ibu ayah dengan si dia yang bakal lebih aula dari ibu ayah. rasa secebis sangat bakti pada mereka. dan tak sanggup. entah. si dia pula...lelaki yang tak pernah aku tahu apa perasaan lelaki. dan bakal jadi isteri. ibu. ibu ayah kepada anak-anak. err okeh mengerikan. dan mahu lari jauh jauh. *___________________* died.

muhasabah tentang pengorbanan ibu ayah hari ni.
ye la hidup dari kecik hidup berbenua benua. apa lah di hati mereka sebenarnya.

'keluarga Islamic' dari dulu teringin ini dalam family. Alhamdulillah.
manusia inginkan kebaikan :))

adik : ayah..ayah jadi polislah....boleh jaga adik...
ibu : ayah tak jadi polis pun...tiap tiap masa ayah jaga adik...

aku....sentap.
Allah. pelihara mereka. satukan kami di SyurgaMu. Ameen

Comments

Popular Posts