nasihat tidak berulang.



pengalaman sedang menasihati
tersering kali bayangan meniti
ketika masih merasa tersakiti
ketika masih belum mengerti
tiada apa yang dipeduli
hanya tekad percaya diri

langkah kecil membawa hati
tidak tahu ke mana mencari budi
menumpang ihsan cari simpati
menumpang ihsan agar diselamati
tiba waktu tenang kembali
tiada gusar semua pergi

pengalaman sedang menasihati
tersering kali bayangan meniti
hanya sekejap dapat menikmati
hanya sekejap kesenangan mati
air mata berjujuran dikesati
tangisan jujur tidak pernah bertepi

ah! ke mana selepas ini
menurut atau bertempik lari
sanggup tidak berdaya lagi
sanggup tidak berjaya pergi
akur menapak selangkah di sisi
hilang semua daya tidak menjadi

pengalaman sedang menasihati
tersering kini mensyukuri Ilahi
kerana sekarang sudah diubati
kerana sekarang kian mengerti
jangan berulang biar sekali
biar dihargai hingga nanti.

Amie - 5:28am



~


# little throwback won't hurt uh?
# or is this called traumatic?

Comments

Popular Posts